You are currently viewing 10 Cara Menangani Stress & Tekanan

10 Cara Menangani Stress & Tekanan

  • Post category:Karier

Jangan abaikan masalah stress, sebaliknya teruslah berusaha mengatasinya. Berikut adalah cara menangani stress untuk panduan anda.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, stress ditakrif sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi seseorang berikutan sesuatu peristiwa silam yang berlaku pada mereka samada dari segi emosi mahupun fizikal.

Walaupun stress adalah satu perkara yang sering berlaku terhadap manusia tetapi ianya boleh memudaratkan jika cabaran emosi dan fizikal tersebut mejangkaui kemampuan individu untuk mengawal stress.

Antara tanda-tanda stress adalah seperti berikut.

 

Psikologi Gelisah
Cepat marah
Lemah semangat
Bimbang
Kurang daya tumpuan
Mudah lupa
Takut gagal
Rendah diri
Resah
Bosan
Fizikal Kering mulut
Gementar
Sakit kepala
Masalah tidur
Cepat letih
Lenguh badan
Jantung berdebar-debar
Sakit perut
Cirit-birit
Tingkahlaku Merokok berlebihan
Penyalahgunaan alkohol dan dadah
Masalah tabiat makan
Tingkahlaku agresif, buli dan vandalisme

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Stress adalakalanya boleh mengganggu dan mengancam kehidupan seseorang individu. Justeru dengan itu cara menangani stress seharusnya diluaskan untuk pengetahuan umum.

Berikut adalah 10 cara menangani stress dan tekanan yang boleh anda cuba. Jika anda mempunyai tanda-tanda stress yang boleh mengancam jiwa, terus berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan dan kaunseling. Jangan hadapinya sendirian.

1. Tarik Nafas Dalam-Dalam

Nasihat “tarik nafas dalam-dalam” mungkin tampak seperti klise, tetapi ianya adalah salah satu cara menangani stress yang terawal yang harus anda lakukan jika berhadapan dengan tekanan.

Ketika stress, cuba tenangkan diri melalui pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembus perlahan-lahan. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga anda rasa tenang dan terkawal.

Teknik ini mampu mengoksigenkan darah anda, membantu memusatkan badan anda, menenangkan serta membersihkan minda anda.

2. Minum Teh Hijau

Elakkan mengambil kopi ketika stress kerana kopi mempunyai dos kafein yang tinggi yang boleh mengakibatkan lonjakan tekanan darah dan boleh menyebabkan paksi hipotalamus-hipofisis-adrenal anda berlebihan.

Sebaliknnya, anda disarankan untuk minum teh hijau ketika stress. Minum teh adalah salah satu cara menangani stress dan tekanan yang sangat cepat dan mudah untuk diamalkan.

Teh hijau mengandungi kurang dari setengah kafein kopi dan mengandung antioksidan yang sihat serta theanine yakni sejenis asam amino yang mempunyai kesan menenangkan pada sistem saraf.

Benarlah kata orang yang ketawa itu penawar duka. Tahukah ketawa adalah ubat semula jadi yang dapat meningkatkan mood anda, menguatkan sistem imun anda dan adalah salah satu cara menangani stress yang bagus.

Ketawa boleh melepaskan endorfin yang meningkatkan mood dan menurunkan tahap hormon stress penyebab kortisol dan adrenalin. Dengan kata lain, ketawa seakan-akan menipu sistem saraf anda untuk membuat anda rasa bahagia.

Terdapat pelbagai cara untuk ketawa, Anda boleh menonton program-program komedi di TV dan YouTube serta mengikuti meme lucu di social media. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa dengan haiwan peliharaan dan sebagainya.

4. Beriadah

Antara cara menangani stress yang berkesan adalah dengan melakukan aktiviti riadah ataupun bersenam. Aktiviti ini sangat bagus untuk menghilangkan stress dan meredakan tekanan.

Terdapat pelbagai cara untuk beriadah seperti berjogging, mendaki bukit ataupun bersukan. Mendaki bukit adalah salah satu aktiviti riadah yang sangat bagus untuk mengatasi stress. Selain menyihatkan tubuh badan, anda juga boleh menikmati ketenangan dan kecantikan ciptaan Tuhan.

Jika tidak mampu melakukan aktiviti seperti mendaki, cukuplah beriadah sekadar berjalan-jalan pendek di sekitar taman. Kalau mahu lagi mujarab, anda boleh berjalan-jalan di tepian pantai sambil mendengar deruan ombak laut yang confirm best dan menenangkan.

5. Tidur Yang Cukup

Stress boleh mengakibatkan tidur anda terganggu. Malahan jika perkara ini berterusan, anda akan bertambah stress kerana tidak mendapat tidur yang cukup.

Jadi pastikan anda mendapat tidur yang cukup seperti yang disyorkan oleh doktor iaitu lebih kurang tujuh hingga lapan jam sehari. Ini penting untuk memastikan anda mendapat kadar rehat yang memuaskan.

Jika susah untuk tidur, cuba matikan TV lebih awal, tutup semua gadget, redupkan lampu, dan beri masa untuk berehat sebelum tidur. Biarkan badan dan minda anda berehat dari memikirkan segala macam masalah atau peristiwa terdahulu yang mungkin merupakan punca stress dan tekanan.

6. Bercakap dengan Seseorang

Antara cara menangani stress yang sering disarankan oleh para pengamal kesihatan adalah dengan cara bercakap untuk meluahkan perasaan serta berkongsi masalah dengan ahli keluarga atau rakan yang terdekat.

Adakalanya, anda memerlukan seseorang untuk mendengar segala masalah yang anda hadapi. Berkongsilah dengan rakan yang paling dekat dengan anda. Seeloknya, carilah seseorang yang boleh menjadi seorang pendengar yang baik.

7. Pendekatan Istighathah

Melalui kajian yang oleh pengkaji dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ada menyatakan bahawa Ahli psikologi Islam seperti al-Ghazali, al- Razi, Muhammad ‘Uthman Najati, Muhammad ‘Izudin Taufiq, Samih ‘Atif al-Zin, dan Hassan Langhulung melihat tekanan dari segi kelisahan jiwa, contohnya gelisah, kecewa, bimbang yang keterlaluan dan takut. Emosi tersebut muncul kerana hati manusia tidak beriman kepada Allah SWT.

Menurut Islam, pendekatan Istighathah yakni seperti berzikir, berdoa, membaca Al-Quran dan beristighfar adalah cara menangani stress yang bagus. memberi ketenangan dan ketenteraman hati.

Jadi dengan mendekati diri kembali kepada Allah adalah salah satu cara terbaik untuk mencari ketenangan jiwa dan merawat segala masalah emosi yang membabitkan tekanan yang dialami seseorang.

8. Mendengar Muzik

Anda juga boleh cuba untuk mendengar muzik untuk mengatasi masalah stress. Muzik yang menenangkan mampu memberi kesan yang sangat santai pada minda dan badan anda.

Muzik instrumental adalah di antara salah satu muzik yang mampu mendorong tindak balas relaksasi terhadap badan dengan membantu menurunkan tekanan darah, degup jantung dan hormon punca stress.

Selain itu, anda juga boleh mendengar muzik yang berasaskan bunyi-bunyian dari alam semulajadi yang dipercayai mampu memberi ketenangan terhadap seseorang.

9. Rawatan Aromaterapi

Menggunakan minyak pati ataupun essential oils sebagai rawatan aromaterapi juga mampu untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan anda. Kini semakin ramai yang gemarkan aromaterapi dan terdapat pelbagai jenis produk berkaitan yang dijual di pasaran.

Aromaterapi adalah amalan menyedut aroma yang dihasilkan minyak pati yang berasaskan tumbuhan aromatic. Ia mampu merangsang reseptor bau di hidung supaya dapat menghantar mesej ke sistem saraf dengan tujuan untuk meningkatkan keadaan emosi dan psikologi pengguna.

Antara aroma minyak pati yang paling menenangkan adalah seperti lavender, rose, bergamot, lemon balm dan sebagainya.

10. Mengambil Suplemen Tambahan

Terdapat beberapa suplemen tambahan yang boleh diamalkan sebagai cara menangani stress dan tekanan. Antara yang terkenal adalah seperti lemon balm, asid lemak omega-3, ashwagandha dan teh hijau.

Sebagai contoh, lemon balm yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga pudina merupakan sumber calming effect yang hebat.

Saya sendiri ada menanam lemon balm di rumah dan sering mengamalkan pengambilan lemon balm bersama teh ketika waktu minum petang. Aromanya cukup menenangkan!

Kesimpulan

Masalah stress dan tekanan bukanlah perkara yang remeh. Sedikit sebanyak kita harus tahu bagaimana cara menangani stress untuk memperoleh ketenangan dan kesejahteraan hidup.

Terpulanglah kepada kita untuk memilih apa cara sekalipun untuk menyelesaikan masalah hidup tetapi kita harus berpaksikan kepada kebenaran dan sentiasa redha kepada qada dan qadar yang telah ditentukanAllah

Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi-Nya.