You are currently viewing 25 Contoh Soalan Popular Yang Biasa Ditanya Semasa Temuduga Kerja Kerajaan.

25 Contoh Soalan Popular Yang Biasa Ditanya Semasa Temuduga Kerja Kerajaan.

  • Post category:Karier

25 Contoh Soalan Popular Yang Biasa Ditanya Semasa Temuduga Kerja Kerajaan.

1. Sila Terangkan Mengenai Diri Anda

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untukmenjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan. Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

2. Apakah Persediaan Yang Anda Buat Untuk Temuduga Ini?

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepadarakan-rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.

3. Adakah Anda Gemar Untuk Bekerja Bersendirian Ataupun Secara Berkumpulan?

Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.

4. Apakah Kelemahan Anda?

Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya lakukan siap lebih awal. Sejak di university lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan lebih awal sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan. Tetapi, apabila kerja saya siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru. Mungkin kelemahan saya ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan seharian.

5. Sudah Berapa Kali Anda Dipanggil Hadiri Temuduga Kerajaan?

Untuk makluman tuan, temuduga kali ini adalah temuduga ke-5 saya dalam sektor awam. Sebelum ini, saya telah menghadiri 4 temuduga dan 2 kali berjaya menjadi calon simpanan. Dan pada hari ini, saya yakin akan berjaya dalam percubaan kali ke-5 ini. Saya akan terus mencuba sehingga saya berjaya bergelar penjawat awam.

6. Mengapakah Kami Patut Mengambil Anda Bekerja Dengan Kerajaan?

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan yang setanding saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.

7. Memandangkan Anda Baru Sahaja Menamatkan Pengajian Beberapa Bulan Yang Lepas, Adakah Anda Mempunyai Pengalaman Bekerja?

Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa membuat apapun. Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wang tambahan di samping membantu keluarga menguruskan kedai runcit tersebut. Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya, saya belajar bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun perniagaan, dan juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan. Dari pekerjaan-pekerjaan berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang ramai, mengurus data dan sebagainya.

8. Apakah Yang Anda Rasa Yang Membuatkan Anda Lebih Layak Untuk Jawatan Ini Berbanding Calon Lain?

Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan dari orang lain.

9. Awak Ada Diploma, Kenapa Minta Jawatan Berkelayakan SPM Ini?

Walaupun saya ada diploma, tak salah saya untuk memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM. Berkhidmat dalam sektor awam adalah impian saya, dan apabila diberikan peluang saya perlu mengambilnya. Berdasarkan rujukan saya di laman web SPA, seseorang calon itu boleh memohon jawatan di sector awam yang memerlukan kelayakan satu level rendah dari kelayakan yang dimilikinya. Yang ada diploma, boleh memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM. Tambahanlagi, saya dapati ramai penjawat awam yang memiliki sijil diploma berkhidmat dengan jawatan yang memerlukan SPM atau sijil sahaja seperti PembantuTadbir, Juruteknik dan sebagainya. Dan saya sendiri yakin saya mampu menggalas tugas yang diberikan apabila bekerja nanti.

10. Mengapa Anda Kerap Menukar Kerja?

Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran.

11. Sebagai Seorang Jurutera, Selain Daripada Kepakaran Teknikal, Apa Lagi Kemahiran Lain Yang Perlu Ada Pada Diri Anda Untuk Membina Sebuah Kerjaya Yang Cemerlang Dan Membolehkan Anda Menjadi Seorang Jurutera Yang Serba Boleh? Apa Inisiatif Yang Anda Ingin Lakukan?

Selain dari kepakaran teknikal, kemahiran lain yang perlu ada pada saya untuk membina kerjaya yang cemerlang ialah perlunya saya menguasai soft skill seperti kemahiran berkomunikasi, berfikiran kreatif dan juga proaktif dalam apa sahaja yang dilakukan. Inisiatif yang saya akan lakukan sudah tentu dimulai dengan mencari ilmu samada dalam bentuk latihan mahupun membaca. Kemudia ia mestilah disusuli dengan tindakan.

12. Kenapa Memohon Bekerja Sebagai Kakitangan Kerajaan. Kenapa Tidak Swasta? Apa Kelebihan Dan Kekurangan Bekerja Dengan Kerajaan Berbanding Dalam Sektor Swasta?

Bekerja di sektor awam merupakan cita-cita sya sejak dari kecil lagi dan dengan berkerja di sektor awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat brbakti kepada negera bangsa, dan agama. Saya memilih untuk bekerja di sektor ini kerana saya akan berterusan mendapat peluang untuk menambah ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian, dan banyak lagi yang sememangnya bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya sebagai seorang penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi. Selain itu saya juga berpeluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang ini dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri. Tidak dapat dinafikan dengan bekerja di sektor awam, ia memberi jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Ini kerana tiada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti di sektor swasta. Di sektor ini juga mempunyai peluang kenaikan pangkat dan juga gaji serta kelebihan-kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah membuat pinjaman bank, elaun perumahan dan lain-lain lagi.

13. Sekiranya Kakitangan Bawahan Menegur Hasil Kerja Anda, Apakah Tindakan Anda Dan Bolehkah Anda Menerima Kritikan Tersebut?

Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu dengan teliti dan tebuka. Saya berpendapat bahawa teguran mereka adalah benar kerana mereka sudah berpengalaman dan sudah biasa dengan kerja tersebut. Oleh yang demikian, mereka pasti dapat mengenalpasti sebarang kekurangan pada hasil kerja saya. Saya akan menyemak semula hasil kerja saya dan mengenalpasti di manakah silapnya. Sebagai langkah pembetulan, saya akan berbincang dengan kakitangan bawahan saya dan merujuk kepada pegawai atasan saya demi memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki ke tahap yang optimum.

14. Sebagai Seorang Yang Pernah Bekerja Di Syarikat Swasta Dalam Bidang Anda, Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Pengalaman Tersebut Dalam Perkhidmatan Awam Jika Anda Diterima Jawatan Ini?

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya rasa pengalaman tersebut dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah melalui tempoh kerja swasta yang sering bekerja lebih masa demi memastikan output atau hasil kerja yang berkualiti, tepat pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti yang kita maklum, syarikat swasta amat mementingkan keuntungan dan kerana itulah mereka membuat pelbagai cara untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Saya rasa sebagai penjawat sektor awam, kita juga perlu bersikap seperti itu, di mana kita mementingkan keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa mengabaikan aspek-aspek kualiti kerja yang dihasilkan.

15. Bagaimanakah Anda Menyerap Tekanan Semasa Bekerja?

Saya kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan siap sebelum masanya. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan apabila saya berjaya mengatasi cabaran tersebut, ianya adalah satu kemenangan yang bermakna bagi diri saya. Selain itu juga, saya menganggap cabaran adalah bersifat positif jadi tekanan yang wujud akan berkurang dengan anggapan seperti itu.

16. Apakah Perkara Asas Dalam Menyelesaikan Sebarang Masalah Yang Timbul Di Tempat Kerja Anda?

Perkara-perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah pertama, fahami masalah tersebut, kenali punca datangnya masalah tersebut, dan akhirnya pilihan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-perkara yang perlu di ambil tahu dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.

17. Bagaimana Anda Menyelesaikan Sesuatu Masalah?

Perkara asasnya – siasat masalah dengan teliti, tidak mengambil keputusan terburu-buru, rujuk kepada mereka yang berpengalaman, ambil langkah-langkah proaktif supaya masalah tidak berulang.

18. Sebelum Saya Mengakhiri Sesi Temuduga Ini, Adakah Anda Memiliki Sebarang Pertanyaan?

Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yang mengharapkan dapat berkhidmat di sektor awam. Saya sedar saya bukanlah terpandai, terbaik, tetapi jika tuan member peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk menjadi yang terbaik. Tiada satupun manusia di dunia ini yang terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus belajarkan?

19. Jawatan Ini Adalah Secara Kontrak. Adakah Anda Masih Mahu Menerimanya?

Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman dan masih memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk memasuki bidang kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang muncul di depan mata.

20. Adakah Anda Sanggup Berkhidmat Di Sabah Atau Sarawak/Pedalaman?

Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Saya juga akan memastikan keluarga saya akan berpindah sama dengan saya jika perlu. Sejak dari dulu lagi, saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam ini mesti sanggup bertugas di mana-mana tempat yang diarahkan .

21. Apakah Isu Semasa Yang Hangat Diperkatakan Sekarang Ni Dalam Media Massa?

su semasa yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan isu krisispolitik Syria di mana selepas kebangkitan rakyat di Mesir, kini di Syria berlakunya kebangkitan rakyat yang telah berlanjutan selama beberapa bulan. Ini adalah disebabkan kerana rakyat Syria yang bangkit menuntut keadilan dan juga menolak pemerintahan diktator Basyar Asssad yang kejam di mana bermula pemerintahan bapanya lagi sehinggalah semasa basyar memerintah, seramai lebih 60 000 rakyat Syria telah terbunuh dengan menggunakan tentera-tentera mereka. Mereka akan membunuh siapa sahaj yang tidak menyokong mereka. Ini merupakan perbuatan yang sangat kejam.

22. Apa Pendapat Anda Tentang Kenaikan Harga Barang?

Jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barang mentah dan minyak seperti pasaran minyak global, saya boleh menerimanya. Tetapi sekiranya kenaikkan tersebut disebabkan oleh puak-puak yang memonopoli seperti di musim perayaan dan kenaikkan gaji, ia adalah suatu yan tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau kenaikkan yang tidak sepatutnya berlaku ini.

23. Apakah Isu Yang Hangat Diperkatakan Dalam Negara Masa Kini?/Nyatakan Apa-Apa Sahaja Isu Semasa Yang Anda Tahu?

Isu yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu kalimah Allah swt, di mana terdapat tuntutan dari pihak yang beragama Kristian menuntut untuk menggunakan kalimah “Allah” di dalam kitab bible mereka yang mereka ingin tuliskannya di dalam versi bahasa melayu. Namun, hakikatnya isu ini telah pun selesai sebelum ini namun dibangkitkan semual. Majlis Fatwa Kebangsaandi dalam persidangan kali ke-82 telah memutuskan bahawa Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan sesiapa yang ingin menggunakan Kalimah Allah haruslah merujuk kepada hakikat sifat Allah iaitu Alalh itu Esa dan bukanlah merujuk kepada konsep ketuhanan yang tiga yang dipanggil “trinity” dan setelah digabungkan ketiganya dipanggil “The Lord”

24. Berikan Pendapat Anda Mengenai Masalah Gejala Sosial Di Malaysia.

Pendapat saya mengenai gejala sosial di Malaysia ialah gejala ini sungguh serius dan menjadi suatu is yang sepatutnya tidak dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Ini kerana ia melibatkan generasi muda di Negara kita yang akan mewarisi Negara ini suatu masa nanti pada masa hadapan. Nasib kita bergantung kepada generasi mudanya. Oleh itu kita seharusnya menjalankan usaha-usaha yang boleh membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi.

25. Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Integriti? Sila Ceritakannya!

Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll. Dalam sektor awam, nilai integriti yang tinggi amat diperlukan bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang yang menjamin kesejahteraan rakyat. Oleh itu, pihak kerajaan amat menerapkan nilai integriti yang kuat kepada penjawat awam.