Jom kenali top website untuk cari kerja kosong dan kerja idaman anda di Malaysia. Selalunya inilah top website yang selalunya menjadi kegemaran bakal majikan anda untuk mencari bakat anda. Inilah rahsia di mana bakal-bakal majikan anda posting kerja kosong.
Jobstreet adalah sebahagian daripada kumpulan pekerjaan SEEK Group dan terbesar di Asia Tenggara, menurut Forbes sekitar 80000 pelanggan korporat dan 11 juta pencari kerja. Jobstreet juga merupakan agensi pekerjaan yang terkemuka di Malaysia untuk majikan mendapatkan bakat profesional. Majikan boleh mencari pekerjaan mereka dengan kos bergantung pada jumlah pengambilan pekerja dan berharap mendapat pekerja yang ideal untuk syarikat mereka. So kepada yang fresh graduate atau yang mahu cari kerja bolehlah layari website Jobstreet ya. Jangan lupa update resume anda!
Mystarjobs adalah agensi pekerjaan umum yang dimiliki oleh Star Media Group dan agensi pekerjaan terkemuka di Malaysia.
LinkedIn adalah rangkaian profesional terbesar di dunia dengan 722+ juta ahli di lebih daripada 200 negara dan wilayah di seluruh dunia dan merupakan pilihan yang popular bagi fresh graduate di luar sana untuk mencari kerja kosong.
FastJobs adalah aplikasi mudah alih yang telah memenangi anugerah yang menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang boleh dipercayai dengan cepat & mudah. Dengan hanya satu klik, pemohon dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan oleh ribuan majikan yang dipercayai di Malaysia di semua sektor.
Careerjet adalah mesin dan platform untuk pencari pekerjaan yang direka mudah untuk mencari pekerjaan idaman anda. Terdapat ribuan kerja kosong untuk direbut oleh anda sekarang. Keunikan Careerjet adalah menggunakan smart agents untuk mencari pekerjaan ideal untuk anda! Tunggu apa lagi! Terus hantar resume anda di Careerjet sekarang!
Untuk layari kursus online: www.vixtech.com.my