You are currently viewing 5 Tips Temuduga Yang Paling Berkesan

5 Tips Temuduga Yang Paling Berkesan

  • Post category:Karier

Menghadiri sesuatu temuduga sering kali buat kita kecut perut memikirkan apa yang bakal berlaku pada hari tersebut. Walaupun anda mempunyai banyak pengalaman dalam menghadiri temuduga, namun perasaan resah itu pasti ada dalam diri anda.

Temuduga juga adalah satu langkah yang penting sebelum kita masuk ke dalam bidang pekerjaan, jadi sudah tentu kita mahu buat yang terbaik sepanjang proses temuduga tersebut agar kita berjaya mendapat posisi yang ditawarkan syarikat tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan untuk memastikan sesi temuduga anda berjalan lancar?

How to Make A Great First Impression: The Five-Step Formula - Interacting with Co-workers, Personal Polish, Win Friends - Etiquette School of America | Maralee McKee - Etiquette and Manners for Your Success

1. Beri 1st impression yang terbaik kepada penemu duga

1st impression merupakan aspek yang paling penting bagi menghadiri temuduga.Berikan senyuman dan juga salam bagi orang muslim bagi memberi 1st impression yang baik kepada penemuduga anda.
Anda juga haruslah melangkah dengan yakin bagi menunjukkan anda telah bersedia untuk menghadiri sesi tersebut.

Momen seperti ini amatlah penting kerana penilaian pertama yang anda tunjukkan kepada panel penemu duga mungkin menjadi penyebab anda dipilih ke dalam organisasi!

How To Write A Resume When You Change Your Career | Eretmis Academy

2. Menjaga penampilan diri anda

Penampilan merupakan aspek yang penting bagi memastikan sesi temuduga anda berjaya. Menunjukkan penampilan yang baik semasa menghadiri sesi temuduga akan menunjukkan bahawa anda seorang yang serius dalam melakukan sesuatu perkara.

Bagi lelaki, adalah lebih baik jika anda mengenakan pakaian formal seperti kemeja dan juga tie serta mengemaskan rambut anda. Bagi perempuan, kenakan baju kurung ataupun pakaian formal dan juga memakai solekan tipis. Kenakan wangian yang tidak terlalu kuat bagi menambah keyakinan diri anda.

Keterampilan anda yang baik tentunya akan manambah keyakinan penemuduga untuk memilih anda sebagai calon yang sesuai untuk organisasi mereka.

SMASHDOCs revolutionises the financial printing market with new solution – Welp Magazine
3. Pastikan dokumen telah disusun rapi mengikut keperluan
Antara aspek yang penting bagi memastikan sesi temuduga anda berjalan lancar adalah dengan menyusun dokumen rasmi anda terlebih dahulu.
Sebelum pergi mana-mana interview, pastikan sijil semua sudah siap disusun dalam fail. Aspek penyusunan dokumen juga adalah penting dan seringkali calon-calon temuduga membuat kesalahan yang sama dalam menyusun dokumen rasmi mereka.
Cara terbaik ialah seperti berikut:
  • Letakkan resume di muka pertama, sehelai-sehelai
  • Jadi, penemuduga tak perlu selak atau keluarkan dari fail untuk baca mukasurat belakang
  • Susun ikut dari atas ke bawah
  • Maksudnya, susun dari sijil berkenaan kerja, selepas itu yang berkaitan dengan universiti
  • Seterusnya, letakkan sijil dari zaman sekolah menengah
  • Tak perlu letak sijil sekolah rendah, walaupun UPSR dapat straight As
  • Tidak relevan untuk kerja
  • Namun, letakkan nama sekolah rendah dalam resume untuk rujukan

 

Affiliated Companies - Overview, How It Works, Benefits and Example

4. Membuat ‘research’ tentang organisasi tersebut terlebih dahulu
Research tentang latar belakang organisasi yang bakal anda menghadiri adalah amat penting untuk menunjukkan anda seorang yang komited dalam bekerja.
Panel temuduga mungkin akan bertanyakan soalan berkenaan dengan bagaimana anda melihat posisi organisasi pada masa hadapan, apa kelebihan pesaing mereka dan cadangan terbaik untuk organisasi terus maju.
Anda juga dinasihatkan untuk mengambil masa terlebih dahulu bagi memastikan jawapan anda dapat memenuhi kehendak penemuduga dan menepati dengan soalan yang diberikan.
Statutory responsibilities and obligations when establishing a company (I)
5. Komunikasi amat penting semasa temuduga
Tunjukkan keyakinan anda semasa berkomunikasi dengan penemu duga.
Sentiasa ‘praktis, praktis,praktis‘ sebelum anda menghadiri temuduga bagi memastikan kelancaran anda dalam melontarkan percakapan anda di hari tersebut.Anda juga disarankan untuk berlatih di depan cermin bagi menambah keyakinan anda dan anda juga dapat melihat kelemahan anda ketika bercakap.
Paling penting sekali, anda haruslah menjaga emosi anda ketika menghadiri sesi temuduga tersebut walaupun anda tidak bersependapat dengan penemuduga tersebut.
Jangan sesekali meninggikan suara terhadap penemuduga kerana ianya akan menunjukkan anda seseorang yang beremosi dan negatif walaupun kadang-kadang anda akan diasak berbagai dengan soalan dan juga jika anda tidak bernasib baik mungkin anda akan diuji dengan penemuduga yang mungkin akan menguji kesabaran anda.
Top 10 Reasons Why Being a Parent Rocks! - Learning Resources Blog
6. Restu ibu-bapa sebelum menghadiri temuduga
Ini adalah tips temuduga yang paling penting sekali.
Jika duduk berjauhan, telefon mak ayah untuk dapatkan restu. Malam sebelumnya, telefon juga untuk minta mereka doakan agar urusan temuduga kita dipermudahkan. Pastinya kita akan berasa lebih yakin dan tenang selepas mendengar suara dan juga sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa kita.
Jika duduk sekali dengan keluarga, pagi itu peluk cium mak ayah dulu. Pastikan hati kita tenang dengan restu mereka. Semoga datang juga barakah dan keberkatan dari Allah.
Ingat, doa mak ialah doa yang paling mustajab dan juga tiada hijabnya.
Akhir sekali, sekiranya anda ingin berjaya dalam menghadapi temuduga seringlah memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kejayaan yang anda kecapi itu adalah dengan izin Allah SWT.
Yang penting sekali, hargailah ibu bapa anda kerana tanpa pengorbanan dan penat lelahmereka anda tidak mungkin mampu mencapai tahap seperti ini. Selebihnya adalah tawakal dan berdoa jika anda sudah berusaha untuk pengakhiran yang terbaik.
Pastikan anda telah mencuba yang terbaik kerana ‘usaha adalah tangga kejayaan‘!