Bagaimana hendak membuat kertas kerja yang mantap? Apakah elemen yang harus ada? Soalan ini balik-balik berputar di minda kita. Di mana selalu kita mencari sumber-sumber di internet selalunya hanya keluar template-template yang mengelirukan kita.
Perkenalkan rangka kerja SOSTAC yang diilham oleh PR Smith pada tahun 90 an. Apa itu SOSTAC?
SOSTAC adalah;
Untuk merangka satu kertas kerja atau proposal yang cemerlang dan efektif. Pastikan 6 elemen SOSTAC ada di dalam kertas kerja. Disertakan contoh kes studi Syarikat Ali untuk rujukan anda bagaimana SOSTAC diguna pakai dalam pembangunan kertas kerja anda.
SOSTAC Pertama: Situation Analysis – Analisa Situasi
Dalam analisa situasi, anda sebagai usahawan, pengurus projek, admin atau apa sahaja latar belakang perlu mengenalpasti situasi sebelum membuat satu keputusan atau solusi. Beberapa cara untuk analisa situasi adalah menggunakan SWOT analisa iaitu Strength (Kekuatan), Weakness (Kelemahan), Opportunity (Peluang), dan Threats (Ancaman). Senaraikan berapa banyak SWOT ini untuk mengetahui situasi anda lebih tepat dan jelas. Contoh di bawah ada Syarikat Ali yang mempunyai isu dalam pemasaran digital. Ini adalah gambaran besar mengenai permasalahan yang dihadapi oleh Syarikat Ali.
Selain itu anda juga boleh menggunakan Model 3C ilham dari Kenichi Ohmae.
Mulakan analisa dari Customer (Pelanggan/Rakan Sejawat/Pengguna/Pembekal), seterusnya ke Competitors (Pesaing) dan terakhir ialah Company (Syarikat/Jabatan/Kementerian/Cawangan). Analisa tidak tertakluk kepada konsep perniagaan sahaja tetapi untuk semua jenis industri. Boleh dijadikan industri perhotelan, kesihatan, pertanian dan banyak lagi.
SOSTAC Kedua: Objective – Objektif
Dalam penentuan objektif untuk menyelesaikan isu isu yang terdapat di SWOT, matlamat harus ditentukan dahulu. Perbezaan matlamat (Goals) dan objektif (Objective) adalah berbeza. Matlamat boleh disenaraikan lebih dari satu sebagai satu misi untuk menyelesai isu itu satu persatu. Manakala objektif pula adalah satu ayat yang spesifik untuk menyelesai permasalahan secara jelas dan teliti. Untuk mengetahui bagaimana hendak membuat satu objektif yang berkesan. Rujuk di bawah;
Untuk tetapkan objektif, rangka SMART akan diguna pakai dalam SOSTAC. SMART dicipta oleh George Doran, Arthur Miller dan James Cunningham. Sehingga kini, badan akademik, syarikat, badan kerajaan dan usahawan menggunakan SMART objektif untuk menentukan satu objektif. Bagaimana nak menggunakan SMART? Dan kenapa harus anda menggunakan SMART? SMART adalah satu penanda aras untuk menentu dan menyemak adakah objektif yang anda dan syarikat anda dilandasan yang betul atau tidak.
Specific – Spesifik:
Objektif kena jelas dan tepat. Ingat setiap elemen kertas kerja adalah penting.
Contoh, Syarikat Ali akan membangunkan pemasaran digital di syarikat.
Measurable – Mengukur Keberhasilan/Kebolehpasaran
Objektif harus boleh diukur. Setiap industri mempunyai metrik yang berbeza untuk mengukur objektif. Kenalpasti apa jenis metrik yang sesuai untuk syarikat atau projek anda.
- Digital Marketing – Click-Through Rate (CTR), Bounce Rate, Conversion Rate dan banyak lagi.
- Hotel & Hospitality – Total Available Rooms, Booking Rate dan Occupancy Rate.
- Retail (Runcit) – Inventory Turnover, Conversion Rate, Foot traffic and digital traffic dan banyak lagi.
Achievable – Adaptasi/Boleh dicapai
Dalam setiap elemen yang dinyatakan, pastikan objektif anda boleh dicapai dengan setiap metrik dan tujuan yang jelas. Ambil kira risiko dan ancaman-ancaman yang boleh lambatkan projek atau objektif dan senaraikan solusi atau Counter Attack untuk setiap isu yang bakal datang.
Relevant – Relevan/Logik/Masuk Akal
Setiap objektif mestilah mengambil kira internal dan external keadaan syarikat dan diri sendiri sebagai majikan, pengurus dan sebagainya. Jalankan analisa Business Model Canvas (BMC) untuk mengetahui sejauh mana kemampuan syarikat dan organisasi untuk melaksanakan objektif tersebut. Rujuk posting link: untuk belajar BMC secara pengenalan.
Time-Based – Tempoh & Masa
Setelah meneliti setiap metrik, BMC dan SWOT. Anda harus menetapkan satu tempoh masa untuk melaksanakan projek itu.
“SMART untuk Syarikat Ali: Syarikat Ali akan menggunakan Social Media Marketing dengan kerjasama Ali Digital Marketing untuk perniagaan B2B dalam tempoh 3 tahun.”
Ok dah faham mengenai SMART objektif. Kita beralih kepada elemen ketiga dari SOSTAC iaitu strategi.
SOSTAC Ketiga: Strategy -Strategi
Bagaimana hendak memikirkan dan membangunkan strategi? Topik ini membuatkan ramai yang tewas dan keliru. Untuk merealisasikan objektif anda, strategi amatlah penting untuk membuatkan projek atau syarikat anda berkembang dengan lebih teratur dan jelas. Petikan dari Kenichi Ohmae seorang yang pakar dalam hal ehwal strategi menyatakan bahawa;
“Mendayung lebih kuat tidak membantu jika sampan anda telah menuju ke arah yang salah.”
Strategi A harus mempunyai Sub Strategi A untuk memastikan Strategi A sentiasa berada dalam landasan yang betul. Jangan terus ke Strategi B jika masalah Strategi A belum diketahui masalahnya. Setiap masalah membawa satu mesej kepada anda apa yang anda harus ubah atau buat.
Bagaimana untuk memikir dan membuat satu strategi? Masih ingat SWOT awal tadi? Bila SWOT akan bertukar menjadi TOWS analisa, maka terjadilah Strategi untuk anda. Untuk mendapatkan strategi yang sesuai, sila rujuk mana-mana journal, kajian lain dan lalu, surat khabar dan lain-lain yang boleh menjadi satu solusi untuk anda.
Bagi tujuan aktiviti online ini, WO Strategies akan diambil sebagai strategi. Tuan puan boleh pakai mana strategi yang difikir elok dan sesuai dengan masa, bajet dan keupayaan sendiri. Jika nak pertolongan sila emailkan ke vixtech.info@gmail.com untuk berkongsi TOWS analisa anda.
SOSTAC Keempat: Tactics – Taktik
Bagaimana pula taktik? Taktik adalah komponen daripada Strategi. Contohnya kita ambil dari strategies WO.
WO:
Kursus Pemasaran Sosial Media
Taktik:
- Kursus Google Ads (1 Bulan)
- Kursus Facebook Ads (2 Bulan)
- Kursus Grafik (3 Bulan)
- Pemantapan dari segi taktik copywriting (1 Minggu)
SOSTAC Kelima: Actions – Aksi (Kekal Motivasi)
Dalam action, taktik dalam SOSTAC Keempat juga boleh diselitkan bersama. Action plan bermaksud apakah jenis taktik atau pelan yang dapat menyokong strategi anda. Oleh itu, senaraikan seberapa taktik-taktik yang dapat memberikan sokongan padu kepada strategi.
SOSTAC Keenam: Control – Kawalan
Dalam SOSTAC Keenam, kawalan terhadap semua kertas kerja amatlah perlu dititikberatkan. Kawalan bermaksud untuk menyemak apakah Key Performance Indicator (KPIs) atau Review (Semakan) melalui surat aduan, feedback, komen dan banyak lagi. Selain itu juga, bajet dan jadual masa projek berlangsung juga perlu disertakan untuk pihak pengurusan untuk mengawal dan meneliti setiap perjalanan dan pergerakan projek tersebut.
Diharap artikel ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk penulisan proposal atau kertas kerja anda.
Penulis asal: Vixtech
Setiap karya dari Vixtech boleh dikongsi bersama. Vixtech percaya bahawa setiap ideas dan penulisan tidak seharusnya PRIVATE. Segala ilmu datang dari Maha Pencipta dan harus kepada umatNya.