You are currently viewing 6 Tips Persediaan Sebelum Temuduga Kerja

6 Tips Persediaan Sebelum Temuduga Kerja

  • Post category:Karier

Pernah terfikir berapa masa yang diperlukan untuk penemu duga untuk menilai anda secara luaran? Hanya 10 saat! Ya! Hanya 10 saat sahaja!

Anda dengan penemuduga harus pandai memainkan peranan masing-masing. Di dalam perspektif penemuduga, ianya memerlukan calon yang berani utarakan buah fikiran tetapi bukan secara rambang! Kena ingat bahawa anda dinilai setiap masa. Penemuduga juga berharap bahawa anda dapat berkomunikasi dengan lebih tenang dan berpada-pada. Dengan ini, anda akan dinilai sebagai seorang yang mempunyai karismatik yang tinggi.

Diakhir sesi temuduga, penilai ingin mencari satu titik noktah kenapa meraka harus mengambil anda sebagai pekerja mereka atau sebagai rakan kongsi yang berkekalan.

Ok kali ini admin-admin Vixtech akan share beberapa tips untuk anda sentiasa cukup bersedia untuk mengharungi setiap temuduga anda. Takut dan risau adalah perkara biasa. Untuk hindar daripada ketakutan, anda kena sentiasa mempunyai pengetahuan mengenai syarikat tersebut dan juga sentiasa listkan masalah atau isu-isu yang anda rasa anda perlukan perubahan segera.

 

1,630 Staring Into Mirror Stock Photos, Pictures & Royalty-Free Images - iStock

Tips Pertama: Jujur pada diri anda!

Tanya diri sendiri. Apa yang anda lemah? Apa yang perlukan perubahan segera? Senaraikan sebanyak yang mungkin dalam kertas. Tuliskan kelemahan anda! Nyatakan dalam kertas dan senaraikan strategi-strategi untuk mengubah atau memperbaiki kelemahan anda! Admin cadangkan guna SWOT Analysis untuk memperbaiki kelemahan anda. Walaupun SWOT Analysis biasa digunakan dalam organisasi, perniagaan dan sebagainya. Tetapi ianya juga boleh digunakan secara personal. SWOT Analysis sangat bagus dan praktikal untuk mengenal kekuatan dan kelemahan diri dan juga dapat mengetahui peluang dan ancaman yang bakal menanti. Vixtech juga menyediakan khidmat runding untuk peningkatan karier secara one to one. Boleh tekan link ini: KARIER

 

A 12-Minute Summary of “Start With Why” by Simon Sinek - Freshsales

Tips Kedua: Daya Pemikiran Kritikal

Bagaimana untuk membangunkan daya pemikiran yang kritikal? Ada jawapan mudah. Gunakan rangka kerja (framework) dari Simon Sinek. Mulakan dengan Kenapa? Pertanyaan soalan kepada diri anda seharusnya tepat dari mula dan anda akan mendapat jawapannya dengan lebih jelas. Contohnya, Kenapa anda perlu hadiri temuduga ini? Kenapa saya harus mendapatkan pekerjaan ini? Kenapa saya harus melanjutkan pelajaran saya? Dengan semua soalan kenapa, seterusnya bagaimana saya ingin lulus dalam temuduga? Dalam sedar tak sedar, otak kita berfungsi untuk mencari lagi banyak jawapan. Kepada anda diluar sana, jawapan ada di mana-mana. Google sahaja pun cukup untuk mendapatkan semua jawapan untuk anda. Tetapi kesedaran anda untuk mencari jawapan adalah amat sukar kerana ini harus dari anda sendiri. Mulakan langkah anda sekarang untuk mengenali diri anda lebih dekat.

 

Can Positive Thinking Prevent a Heart Attack? - Cleveland HeartLab, Inc.

Tips Ketiga: Sentiasa Berfikiran Positif 

Bukan mudah untuk berfikiran positif. Lebih-lebih jika anda sangat takut, berkeyakinan sangat rendah, dan sesuai cuai. Untuk berfikiran positif secara teknikalnya anda kena membuat persediaan dengan lebih baik. Memetik kepada buku Magic Of Thinking Big daripada Dr David J. Schwartz menyatakan bahawa setiap manusia adalah sama jika tidak mempunyai pakaian. Semuanya hanya kulit dan isi. Apa yang membezakan kita antara orang lain adalah saiz pemikiran kita sendiri. Untuk menghindar daripada banyak kerisauan yang akan menyebabkan anda berfikir yang anda akan malu di depan penemuduga, gagap, dan setiap tingkah laku yang dibawah dalam bilik temuduga adalah salah. Ini akan menyebabkan anda seakan terperap dalam bilik yang kecil dan gelap. Lain orang mempunyai pendekatan yang berbeza untuk berfikiran positif. Ada yang suka bersenam, bercerita dengan rakan lain, melukis, dan banyak lagi. Carilah sumber inspirasi anda untuk lebih positif lagi.

 

How to Use Open-Ended Survey Questions +25 Examples | SurveyLegend

Tips Keempat: Sedia Soalan Yang Relevan

Tidak ada sebarang kesalahan untuk senaraikan soalan untuk ditanya kepada penemuduga. Ini kerana akan membuatkan anda lebih yakin dan cukup bersedia untuk temuduga. Ini menunjukkan anda cukup yakin dan siap sedia ingin bekerja di syarikat itu. Bangunkan daya pemikiran yang kritikal untuk menanya soalan yang bagus. Rujuk di sini untuk soalan-soalan yang strategi dan sesuai kepada penemuduga. Temuduga kerja seharusnya menjadi satu alat komunikasi untuk bertanya dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dua pihak.

 

Six Advantages of the Flipped Classroom for language courses

Tips Kelima: Hadiri Kursus/Seminar Pemantapan Kerjaya

Kelebihan kursus atau seminar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan juga meluaskan jaringan rakan-rakan dalam industri. Kursus juga boleh memperbaiki kelemahan-kelemahan diri dan boleh mengenal pasti bakat terpendam yang boleh dijadikan aset penting dalam kerjaya yang dipilih kelak. Terdapat pelbagai jenis kursus-kursus jangka pendek yang sangat popular zaman sekarang berkenaan dengan pengurusan, kewangan dan perniagaan. Semenjak lepas era pandemik, kebanyakan institut latihan telah menawarkan kursus jangka pendek dan profesional secara online/alam maya dan kebanyakannya PERCUMA. Boleh rujuk link untuk pilihan kursus jangka pendek yang dapat memantapkan diri anda hari ini. Link: www.vixtech.com.my

 

Speak Confidently and Unleash Your Power | CU Management

Tips Keenam: Berlatih, Berlatih dan Berlatih

Sentiasa berlatih dari masa ke semasa untuk melatih cara percakapan anda dengan lebih baik. Dengan latihan berterusan, anda akan lebih yakin pada diri anda sendiri. Anda juga dapat mengurangkan risiko tersasul atau salah memberi maklumat semasa temuduga. Rujuk latihan video di YouTube link: https://www.youtube.com/watch?v=gq3uocbaqZg 

Ok semua, semoga temuduga anda berjalan lancar.

Penulis: Vixtech