8 Sebab Mengapa Mengambil Kursus Adalah Idea Yang Terbaik

  • Post category:Karier

Sejak era digitalisasi dan revolusi era 4.0 di mana semua sistem dan cara hidup bergantung pada automasi. Pemikiran dan cara gaya hidup manusia juga berubah 360 darjah. Kini anda perlu menyertai seminar, kursus atau satu perjumpaan untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru dalam hidup anda. Ada pelajar dan graduan beranggapan bahawa jika diploma dan ijazah sarjana muda yang diperoleh sudah memadai untuk alam pekerjaan. Maka, graduan kena buat assessment sendiri adakah kemahiran (skills) dan juga pengetahuan (knowledge) sesuai dengan gerak kerja hari ini dan organisasi yang hendak menyumbang bakti kelak? Dunia bergerak dengan pantas sekali, oleh itu kita sebagai manusia harus belajar ilmu dengan lebih banyak dan kedepan. Berikut adalah 8 sebab kenapa anda harus mengambil kursus yang dapat meningkatkan kebolehan anda atau kebolehpasaran bagi graduan.

 

#1 Pendidikan berterusan/Sepanjang Hayat

Walaupun pendidikan bukan sahaja terdapat dalam kursus, mempelajari sesuatu yang baharu atau mengukuhkan sesuatu yang anda mungkin sudah tahu sentiasa hebat. Tidak ada cara anda boleh berkembang dalam kerjaya anda dan sebagai orang jika anda tidak belajar. Dan ia sentiasa merupakan pengalaman yang merendah diri untuk mengakui anda sentiasa boleh mengetahui lebih lanjut.

 

# 2 Perkembangan Diri-Sendiri
Belajar ilmu baharu anda akan mendapat satu perkembangan ideas dan perspektif yang baharu. Selain itu, berkursus dapat membantu anda untuk mengenal dan berjumpa dengan pelbagai orang di dalam satu perjumpaan kursus mahupun online atau offline. Oleh itu, berkursus ini dapat membantu anda sentiasa update ke hadapan selari dengan arus semasa dan perdana.

 

#3 Belajar sesuatu yang baharu
Jika perkara di atas tidak terpakai, sekurang-kurangnya anda boleh melakukannya untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Mempelajari kemahiran baharu melepasi usia tertentu mungkin kelihatan lewat, tetapi mengikuti kursus boleh membantu anda menguasai sesuatu yang anda idamkan selama ini. Sama ada ia memasak, melukis, pengaturcaraan atau menguasai seni khat.

 

# 4 Bakal Majikan Lebih Yakin

Dengan kursus yang menjuruskan kepada kemahiran tertentu. Majikan akan lebih yakin yang kita telah pun bersedia untuk mengalas tugas dengan baik dan berkualiti.

 

# 5 Keluar dari zon selesa anda

Kursus membolehkan anda untuk mempelajari benda yang baru serta dapat mengetahui kelemahan-kelemahan diri yang patut diubah.

 

# 6 Peluang Kenaikan Pangkat dan Gaji

Sudah pasti, dengan kemahiran yang baru pasti akan membawa prestasi yang baik dari sebelum ini. Anda mampu memberi ideas yang bernas dan berkualiti dalam kerja dan karier anda. Peluang kenaikan pangkat dan gaji juga meningkat!

 

# 7 Peluang Carian Kerja Lebih Baik Dan Banyak

Di luar sana, ramai graduan yang kita hendak bersaing. Tetapi apakah value proposition anda sebagai seorang manusia yang berdaya saing dengan pasaran yang sangat kompetitif? Kita harus menghadiri kursus-kursus jangka pendek atau kursus bootcamp yang mempelajari satu topik secara mendalam. Tidak setakat itu, carilah institut yang mempunyai nilai yang tersendiri di mata industri dan syarikat. Contohnya, jika kita ingin belajar tentang kewangan atau perakauanan kita akan mempelajari di institusi seperti ACCA, LCCI atau sebagainya. Di Malaysia, terdapat trainer dan training center yang mempunyai kelayakan dari HRDC. Semoga ini dapat membantu.

# 8 Resume/CV Yang Mantap

Dengan kehadiran anda ke kursus-kursus kemahiran atau pendek, anda dapat mantapkan resume dan CV anda berbanding dengan calon yang lain semasa hadir temuduga. Anda mempunyai satu nilai kebolehpasaran yang tinggi.

Penutup: Bukan semua kursus adalah sesuai untuk anda. Carilah kursus yang sesuai dengan karier anda dan menjurus kepada matlamat yang jelas. Supaya anda tidak membuang banyak masa dan pastikan ilmu dan kebolehan yang diperoleh dalam kursus boleh diapplikasikan dalam hidup dan organisasi anda. Perikasa sebaik mungkin sejauh mana kualiti pusat latihan yang anda ingin pergi supaya anda boleh mempelajari ilmu dari orang yang mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang itu.