Memang dah jadi impian hampir setiap orang untuk mendapat pekerjaan di dalam sektor kerajaan. Ya lah, selain dapat nikmati skim pencen, ada banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang pekerja kerajaan dapat gunakan. Buktinya, setiap kali permohonan pekerjaan dibuka, jutaan orang yang bakal memohon dan daripada jutaan permohonan
Tapi daripada jutaan orang yang memohon, hanya beberapa orang je yang layak dan akhimya mendapat jawatan yang dipohon, setelah melalui beberapa peringkat. Nak dapat kerja kerajaan melalui SPA sememangnya bukan satu benda yang mudah, tapi kalau korang tahu tips dan trik yang perlu dilakukan, mungkin boleh berjaya mendapat jawatan yang dimohon?
Tips dan Trik untuk Lulus Setiap Peringkat Ujian dan Temuduga SPA
Melengkapkan Maklumat dan Permohonan di SPA9
Setiap permohonan penjawatan dalam sektor kerajaan perlulah dilakukan di laman web SPAQ, barulah ia boleh diproses untuk ke peringkat yang seterusnya. Pastikan setiap maklumat yang diminta, korang isi dengan tepat dan lengkap, terutamanya di bahagian e-mel dan nombor kad pengenalan
Kalau sistem tersebut memerlukan korang untuk memuat naik apa-apa dokumen atau sijil, pastikan scan dokumen atau sijl yang asal dan bukannya yang telah difotokopi, melainkan kalau ia bersyarat seperti perlu disahkan, maka ia perlulah dilakukan terlebih dulu. Setiap dokumen dan sijl perlu discan dengan jelas. Kalau dekat rumah tak ada scanner, korang boleh scan dokumen dengan telefon jel
Pilih Jawatan yang Bersesuaian dengan Kelayakan Akademik
Jawatan yang korang pilih, mestilah bersesuaian dengan kelayakan akademik. Contohnya, kalau korang pemegang Sarjana ljazah Muda, digalakkan untuk memohon jawatan dengan Gred 41. Kalau pemohon tu mempunyai kelayakan akademik yang lebih rendah daripada gred yang dimohon, selalunya awal-awal lagi sistem akan tapis.
Satu lagi, pilih jawatan yang dah dapat jawatan tersebut, berkaitan dengan bidang akademik supaya lebih senang dapat dan nanti bila nak naik gaji pun akan jadi lebih cepat.
Sediakan Diri untuk Peperiksaan Online
Tahap pertama yang perlu dilepasi selalunya adalah peperiksaan online SPA. Buat persediaan mental terlebih dulu. Kalau ada masa, buat ulang kaji berkaitan dengan jenis soalan yang bakal korang jawab seperti Matematik, Pengetahuan Am, dan Bahasa Inggeris. Kalau korang lemah dalam sesetengah subjek, boleh minta tolong kawan untuk jawab bersama, tapi janganlah bergantung sepenuhnya pada diorang juga. Selain tu, korang boleh juga sertai group-group Telegram atau WhatsApp yang dibuat oleh calon-calon lain. Selalunya pasti akan ada group-group begini supaya senang untuk berbincang semasa peperiksaan online nanti dan akan ada juga orang yang akan kongsikan peperiksaan dari tahun-tahun sebelumnya yang boleh digunakan untuk mengulang kaji
Senarai Semak Temuduga SPA
Bila dah lulus peperiksaan online, pihak SPA akan memuat naik satu senarai semak temuduga yang meminta korang untuk memuat naik beberapa dokumen yang diperlukan. Nak lebih senang kerja, cetak satu salinan senarai semak untuk kegunaan korang semasa menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.Senarai semak ni PENTING sebab kalau korang muat naik dokumen yang salah atau mengelirukan permohonan boleh dibatalkan serta-merta
Resume yang Lengkap dan Kemas
Sediakan resume tak lebih daripada dua muka surat dan pastikan setiap maklumat di dalamnya lengkap dan disusun dengan kemas. Highlightkan siji-sijl atau pencapaian yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon supaya dapat menangkap perhatian penemuduga
Adab dan Adat Bercakap semasa Temuduga
Cuba untuk berani bertanya pada pegawai yang bertugas di kaunter, nama dan pangkat panel penemuduga, sebelum masuk ke dalam bilik temuduga. Selalunya akan ada 2 orang panel, seorang pegawai SPA dan seorang lagi adalah pengarah ataupun bekas pengarah kementerian yang korang mohon
Contoh salutasi ringkas adalah’
“Assalamualaikumwbt & Salam Malaysiaku Prihatin saya ucapkan kepada Tan Sri Dato’ Haji Othman B Mustafa (Jawatan). Seterusnya buat Dato’ Mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Dato’ (Nama).
Mahiri Teknik Menjawab Soalan
Kalau hadiri temuduga untuk Gred 41, korang kena bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kementerian tersebut. Ambil masa untuk mengkaji program dan sumbangan yang telah dilakukan kementeriantersebut dalam mendepani isu-isu semasa. Siap sedia juga untuk mendapat tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa. Jawapan dan ucapan yang korang berikan tu mestilah dilontarkan dengan yakin dan tak kedengaran poyo atau sombong. Jangan lupa untuk senyum juga!
Antara soalan yang diterima oleh saudara Aliif semasa temuduga adalah
* ‘Sebagai seorang ketua untuk program ‘Fahami & Ketahui Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan oleh PM Malaysia, berikan saya perancangan kamu sebelum, semasa & selepas program’
* ‘Sebagai seorang ketua apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak buah anda tidak mahu menuruti arahan daripada anda.’
* ‘Bagaimana anda hendak memberi arahan kepada seseorang yang lebih tua daripada umur anda.’
Jawab Soalan dengan Jujur dan Jangan Memandai-Mandai
Jika panel menanyakan soalan, jawab dengan jujur dan jangan memandai-mandai hanya kerana mahu membuat para panel berasa kagum. Nantijika diorang dapat tahu yang korang menipu, dah tinggalkan tanggapan yang buruk pula
Keberkatan Juga Penting
Jangan ambil rendah soal keberkatan. Sebelum nak pergi temuduga, pastikan minta restu dan doa daripada ibu bapa. Minta mereka doakan agar proses temuduga korang berjalan dengan lancar.
Harapnya, bila dah tahu tentang tips dan trik di atas ni, korang akan jadi lebih bersedia untuk memohon jawatan kerajaan melalui SPA. jangan lupa juga untuk sentiasa berfikiran positif dan tenangkan diri supaya taklah gelabah semasa temuduga atau peperiksaan nantil Ketahui apa apa jenis KURSUS KEMAHIRAN online yang boleh meningkatkan kejayaan anda dalam temuduga! Klik SINI