You are currently viewing Ketahui 13 Bidang Pengajian yang Senang Dapat Kerja

Ketahui 13 Bidang Pengajian yang Senang Dapat Kerja

  • Post category:Karier

Sambung belajar tanpa anda ketahui potensi kerjaya selepas tamat pengajian diibaratkan sebagai meraba dalam kelam. Ada kala terpegang nasib baik, ada kala nasib buruk. Baru-baru ini, kami di afterschool telah menjalankan kajian berkaitan pekerjaan terkini yang paling banyak ditawarkan oleh majikan. Kajian ini dibuat di laman carian kerja popular, Jobstreet.com.  

Hasil kajian berkenaan, kami senaraikan bidang pekerjaan mengikut turutan permintaan paling tinggi oleh majikan. Anda juga boleh klik setiap pautan berwarna biru dibawah untuk menyemak jawatan yang ditawarkan.

Sales/Marketing

Accounting/Finance

Computer/Information Technology

Admin/Human Resources

Services

Engineering

Manufacturing

Building/Construction

Hotel/Restaurant

Arts/Media/Communications

Education/Training

Healthcare

Sciences

Manakala 3 bidang yang kurang menawarkan peluang pekerjaan adalah sains, kesihatan, pendidikan/training. Hasil kajian ini, boleh dikaitkan dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan jumlah bilangan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) melalui UPU pada tahun ini. Menurut laporan berkenaan, 5 program pengajian ijazah aliran sains paling popular adalah Bioperubatan, Sains Forensik, Pemakanan, Sains Matematik dan Dietetik manakala aliran sastera pula adalah Psikologi, Syariah (Fiqh dan Usul), Kaunseling, Usuluddin (Al-Quran & Al-Hadith) dan Pembangunan Sumber Manusia.

Secara ringkasnya, terdapat 5 bidang pekerjaan popular teratas iaitu sales/pemasaran, perakaunan/kewangan, komputer/ teknologi maklumat, pengurusan/sumber manusia dan perkhidmatan. Kelima-lima bidang ini menawarkan ribuan kekosongan jawatan. Lihat sahaja bidang perkhidmatan, 2,880 jawatan ditawarkan. Peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan ini termasuklah juga berkaitan dengan pengangkutan udara. Bagi anda yang berminat membaca perkongsian kami mengenai peluang kerjaya dalam industri penerbangan di Malaysia, boleh KLIK DISINI.