Vixtech: Pakar Perundingan Pensijilan Halal
Vixtech memiliki pasukan profesional yang terdiri daripada lima kakitangan berpengalaman dalam pengurusan dokumen halal, audit dalaman, latihan, serta sebagai juruperunding premis. Kepakaran ini membolehkan kami memberikan penyelesaian yang efektif dan sistematik kepada pelanggan dalam mendapatkan pensijilan halal.
Pencapaian Tahun 2024
Tahun 2024 menyaksikan beberapa syarikat berjaya memperoleh pensijilan halal dengan bimbingan Vixtech. Antaranya:
Heng Long Sdn Bhd (Johor)
Top Q Frozen PLT (Sabah)
Selain itu, beberapa pelanggan lain seperti Foodiy Sdn Bhd dan Chef Jai Enterprise kini berada dalam fasa progres untuk mendapatkan pensijilan halal.
Bukti Kecemerlangan Vixtech




Kepakaran Kami
Kami komited untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi pelanggan dalam proses pensijilan halal dengan cekap dan berkesan.
Modul RACE Vixtech
- Reccee (Tinjauan Awal)Lawatan awal dijalankan ke lokasi premis untuk menilai kesediaan dan potensi mendapatkan pensijilan halal.
- Analysis (Analisis)Analisis mendalam dilakukan terhadap keperluan dokumen dan tahap kesiapsiagaan perniagaan untuk pensijilan halal.
- Commence (Permulaan)Proses pengumpulan dokumen dimulakan setelah analisis lengkap dijalankan.
- Engagement (Penglibatan)Kerjasama erat dijalankan secara berterusan antara Vixtech, pihak berkuasa seperti MUIS, dan pemilik syarikat bagi memastikan semua proses mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Integrasi dengan PDCA (Plan-Do-Check-Act)
- Plan (Rancang): Fasa Reccee dan Analysis membantu mengenal pasti isu, risiko dan merancang tindakan yang perlu diambil untuk pensijilan halal.
- Do (Laksana): Fasa Commence melibatkan tindakan konkrit dalam pengumpulan dokumen dan pelaksanaan pelan tindakan.
- Check (Semak): Fasa Engagement memastikan semua proses dipantau, disemak, dan diperbetulkan sekiranya terdapat ketidakpatuhan.
- Act (Tindak): Hasil dari pemantauan dalam fasa Engagement akan digunakan untuk penambahbaikan berterusan dalam proses pensijilan halal.
Dengan pendekatan yang sistematik dan profesional melalui modul RACE, Vixtech bersedia membantu syarikat anda mencapai pensijilan halal dengan jayanya.