You are currently viewing Apakah Tugas Dan Peranan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Apakah Tugas Dan Peranan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

  • Post category:Karier

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti dan pars graduan baru.
Sekiranya pelajar berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik yang balk, dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (WA). Jawatan ini agak unik berbanding jawatan lain di sektor awam kerana calon-calon perlu melalui beberapa tahap penilaian sebelum dilantik ke jawatan ini secara tetap. Calon-calon yang memohon serta layak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan bertulis memasuki peperiksaan perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik. Selepas itu. mereka akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Mohon – Menduduki Peperiksaan Bertulis – Temuduga – Berjaya

Peringkat seterusnya ialah apabila berjaya melalui proses temuduga calon akan dilantik ke jawatan itu secara sementara. Di peringkat ini. calon perlu mengikuti latihan di Institut Tadbiran Awam Negara. Selepas menamatkan pengajian. bakal PTD akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam. Selepas mendapatkan diploma tersebut. barulah calon dilantik secara tetap sebagai PTD.

Jadi. apa sebenarnya tugas-tugas PTD? Umumnya. tugas PTD adalah seperti berikut.

TUGAS-TUGAS UMUM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

“merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.”

Selain itu. mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara. keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Apa yang paling menarik. seorang PTD jugs diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai di kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara.

PTD menawarkan gaji yang lebih balk berbanding jawatan pegawai tadbir lain selain menikmati elaun-elaun serta insentif-insentif lain.

PTD

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
    • ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
    • ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
      dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
  • hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.