Kalau kau akan pergi mana-mana interview dalam masa terdekat, baca dan hadamkan artikel ini.
Jangan hafal, tapi cuba fahamkan konteks soalan. Bila kau hafal, kau akan lupa. Bila kau faham, kau akan boleh keluarkan semula dari otak kau. Otak kau itu ialah aset paling berharga kau. Tahu kan?
Mari kita mulakan, apakah antara contoh soalan interview yang selalu penemuduga tanya.
Can you tell me a little about yourself?
Bolehkan beritahu serba sedikit tentang diri anda?
Soalan ini nampak mudah, tapi ramai yang gagal jawab dengan baik.
Kau cuma perlu ikut langkah mudah ini. Kau tidak perlu senaraikan secara terperinci semua pekerjaan kau yang lalu.
Kalau kau fresh graduate, kau jangan cerita susur galur sejarah diri keluarga kau. Itu untuk matapelajaran sekolah menengah, bolehlah kau guna.
Elakkan dari menjawab seperti, “Nama saya Nizam. Saya anak kedua dari empat orang adik beradik. Saya baru sahaja graduasi dari UiTM dalam bidang Media. Hobi saya ialah membaca buku”.
Satu perkataan sahaja yang kami boleh cakap: “BORING”.
Jadi, untuk soalan sebegini, ianya mencukupi jika kau memberikan jawapan ringkas yang menunjukkan kenapa kau adalah calon yang paling sesuai untuk kerja ini.
Kau boleh memberitahu 2-3 pencapaian atau pengalaman di tempat kerja atau di tempat kau belajar dulu.
Yang paling penting, selepas itu, terangkan bagaimana pencapaian dan pengalaman itu boleh digunakan dalam pekerjaan baru yang kau pohonkan sekarang.
How did you hear about the position?
Bagaimana anda mengetahui tentang kerja ini?
Kau kena jujur. Kalau kau ini jenis yang main apply semua kerja dalam Jobstreet, Indeed, Maukerja, Mudah – kau akan lupa dari mana asalnya iklan jawatan kosong ini.
Kau jangan ingat penemuduga tak tahu, yang kau sebenarnya tak ingat.
Jika kau dapat tahu tentang pekerjaan ini daripada kawan atau hubungan-hubungan profesional beritahu nama kawan-kawan atau hubungan-kawan ini kepada penemuduga.
Atau, kalau kau tahu tentang pekerjaan ini daripada Internet ataupun surat khabar, beritahu juga kepada si penemuduga.
Dan juga terangkan kenapa kau tertarik kepada kerja itu.
Satu kelebihan di sini, kalau kau dari sekolah yang bagus-bagus, seperti kau bekas pelajar sekolah berasrama penuh seperti MCKK, STAR, SDAR; atau dari dari MRSM; atau dari sekolah-sekolah lama yang berprestij – kau boleh sahaja beritahu.
Untung-untung, orang yang temuduga kau itu dari sekolah yang sama.
What do you know about the company?
Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?
Apabila ditanya soalan ini, jangan hanya memberitahu apa yang kau tahu tentang syarikat ini dari laman web “About Us” syarikat yang kau terjah beberapa jam sebelum datang .
Tunjukkan kepada penemuduga yang kau mempunyai misi and visi yang sama dengan syarikat ini.
Sebagai contoh, kau boleh kata “Saya rasa tertarik dengan misi dan visi syarikat ini kerana…”. Memang nampak ini bukan diri sebenar kau, tapi kau akan bagi impression yang sangat bagus.
Contohnya kalau syarikat itu terlibat dengan alam sekitar jadi kau boleh cakap “Saya juga ambil berat tentang alam sekitar kerana….”. Jangan minta kami ajar ini. Kau kena fikir sendiri.
Jangan lupa untuk guna terma-terma spesifik atau keyword atau perkataan-perkataan penting yang digunakan dalam industri.
Kalau syarikat yang kau datang temuduga ini adalah syarikat yang besar, iaitu ada dalam Bursa Malaysia, kau boleh selitkan cerita tentang prestasi syarikat yang kau baca dari The Edge atau The Star (Business Section).
Kau akan nampak lebih intelligent, walaupun sebenarnya kau tahu pun sebab kami yang beritahu.
Why do you want this job?
Mengapa anda inginkan pekerjaan ini?
Pertama sekali, fikirkan beberapa faktor utama yang menjadikan kau calon yang sesuai untuk pekerjaan ini.
Contohnya, kalau boleh jawab “Saya ingin kerja sebagai Customer Support kerana saya suka berinteraksi dengan pelanggan. Kebetulan pula, saya seorang yang peramah dan suka menolong orang menyelesaikan masalah”.
Cuma kalau kau bukan jenis yang suka bacakap dan berinteraksi dengan pelanggan, jangan sesekali menipu.
Dalam masa beberapa hari sahaja, majikan akan dapat tangkap yang kau menipu. Mulut manis, tapi sebenarnya tak boleh buat kerja.
Selepas itu, terangkan kepada penemuduga kenapa kau suka syarikat itu.
Why should we hire you?
Mengapa kami patut memilih anda?
Dalam menjawab contoh soalan interview seperti ini, pastikan ada 3 aspek penting dalam jawapan kau.
Yang pertama, beritahu penemuduga kenapa kau boleh mengendalikan tugas dalam jawatan yang diberikan. Kau yakin, kau boleh buat kerja yang berkualiti. Kongsikan pengalaman kau serta skills dan kelebihan yang kau ada.
Yang kedua, beritahu yang kau ini seorang ‘team player’ dan mudah bekerja dengan orang lain,
Yang ketiga, kau kena jual diri kau, yang kau adalah calon yang terbaik diantara calon-calon lain.
Rasa macam lebih-lebih pula? Ya, memang rasa lain macam bila puji diri sendiri. Kau kena faham, sesi temuduga adalah medan untuk menceritakan apa yang bagus tentang kau.
Betul, kau kena rendah diri. Mak ayah kita ajar kita kena selalu merendah diri, jangan berbangga-bangga.
Cuma bila interview, kau kena berbangga dengan pencapaian kau. Barulah majikan tahu apa yang kau boleh buat.
What are your greatest strengths?
Apakah kelebihan anda?
Ini soalan favourite dari majikan.
Jangan menipu apabila menjawab soalan ini. Jangan pula kau melalut yang kau boleh angkat besti seberat 100 kilogram dengan sebelah tangan.
Beritahu secara jujur kelebihan kau; dan yang paling penting, ia mestilah berkaitan dan sesuai dengan jawatan yang kau inginkan.
Jadi, kalau kau mahukan kerja sebagai managerdi restoran, mestilah perlu ada skillsseperti komunikasi yang bagus, peramah, boleh menyelesaikan konflik dan lain-lain lagi.
Jangan lupa untuk bagi contoh kepada setiap kelebihan yang kau senaraikan.
Contohnya,“Saya ada selesaikan masalah budak cashier yang curi duit. Mula-mula memang tak perasan. Tapi bila buat closing mesti ada short, saya rasa ada yang tak kena.”
Di sini, kau cuma bercerita. Bercerita tentang pengalaman itu mudah. Kau pun tak rasa gugup.
Di sebalik itu, majikan menilai dari sudut yang lain. Kau seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu tugas, yang di luar bidang kau.
What do you consider to be your weaknesses?
Apakah kelemahan anda?
Soalan ini ditanya untuk melihat jika kau ada kesedaran diri atau tidak.
Dan juga untuk lihat jika kau seorang yang jujur. Tapi, jangan jadi terlalu jujur.
Jika kau seorang yang selalu lambat ke kerja, janganlah beritahu kepada penemuduga. Itu cari nahas namanya.
Jadi pilihlah kelemahan yang kau sedang perbaiki.
Contohnya, kau ini seorang peramah tetapi kadang-kadang gementar apabila disuruh menyampaikan buat presentation Power dalam meeting.
Dalam kes macam ini, kau boleh beritahu penemuduga yang kau bukan jenis yang pandai buat presentation.
Tapi selepas itu mesti beritahu yang kau sedang perbaiki kelemahan itu dengan menonton YouTube dan memasuki mana-mana kelas.
What is your greatest professional achievement?
Apakah percapaian profesional terbaik yang anda pernah capai?
Guna cerita untuk jawab soalan ini. Mula-mula, beritahu latar belakang cerita itu. Iaitu dengan mamkalukan – dulu kau kerja di mana, buat tugas apa.
Selepas itu, beritahu apa tugas yang kau lakukan sehingga kau dapat capai KPI yang diberikan.
Contohnya:“Masa saya kerja sebagai Junior Analyst dulu, tugas saya pada masa itu ialah untuk mengurus proses invois. Dalam masa sebulan saya cadangkan proses baru yang menjimatkan proses ini sebanyak 10 jam, dan juga mengurangkan kesilapan sebanyak 25%.”
Nampak tak? Kau kena pandai main nombor. Kau kena pandai main dengan data. Dengan cara macam ini, senang-senang kau boleh impresspenemuduga.
Untuk contoh-contoh lain, kau kena fikir sendiri.
Tell me about a challenge or conflict you’ve faced at work. How you deal with it?
Beritahu saya tentang masalah yang anda pernah hadapi di tempat kerja. Macam mana anda selesaikan masalah itu?
Contoh soalan interview seperti ini mahu melihat bagaiman kau menyelesaikan krisis yang kau pernah hadapi. Lagi besar krisis itu, lagi bagus.
Jawapan ini sama seperti jawapan persoalan sebelum ini.
Ceritakan latar belakang, ceritakan masalah yang kau hadapi, dan apa kau buat untuk selesaikan masalah itu dan apa hasilnya.
Ingat, kau mainkan semula peristiwa ngeri itu dalam kotak memori kau sambil bercerita. Mesti segar dalam ingatan.
Where do you see yourself in five years?
Di manakah anda lihat diri anda dalam tempoh masa 5 tahun?
Jawab secara jujur dan spesifik tentang matlamat masa depan kau. Namaun kau perlu pertimbangkan beberapa perkara.
Penemuduga sebenarnya ingin tahu jika kau telah menetapkan harapan yang realistik untuk kerjaya kau. Adakah kau betul-betul mempunyai cita-cita dan adakah cita-cita itu sejajar dengan matlamat dan pertumbuhan kau?.
Kompleks pula perenggan di atas. Susah mahu faham kan?
Begini. Tidak ada masalah untuk memberitahu bahawa kau tidak pasti tentang masa depan kau. Cuma kau perlu beritahu penemuduga yang kerja ini memainkan peranan penting dalam membantu kau untuk tentukan dimana kau mahu lihat diri kau dalam masa 5 tahun lagi.
Jawapan biasa-biasa, tapi tak menampakkan kita ini tak pandai sangat.
What’s your dream job?
Apakah pekerjaan yang anda impikan?
Contoh soalan interview seperti ini, si penemuduga hanya mahu tahu betapa besarnya impian kau.
Penemuduga nak tahu pekerjaan impian kau itu selari dengan jawatan yang kau mohon.
Jadi, untuk soalan ini, kau kena ceritakan matlamat dan cita-cita kau; dan mengapa kerja ini akan membawa kau lebih dekat kepada cita-cita kau itu.
Kau jangan gebang pekerjaan yang kau minat ialah menjadi CEO public listed company, sedangkan jawatan yang kau mohon masih lagi paras bawahan. Nampak sangat tak realistik.
What other companies are you interviewing with?
Apakah syarikat lain yang anda pernah pergi temuduga?
Tidak perlu untuk menjawab secara spesifik.
Cukuplah dengan mengatakan yang kau sedang memohon dengan syarikat-syarikat yang serupa.
Contohnya, “Saya memohon beberapa jawatan dengan firma perundingan IT di mana saya boleh menganalisis keperluan pelanggan dan mencari penyelesaian kepada masalah teknologi.”
Kalau kau berani dan mahu bagi penemuduga rasa sentap dan tercabar, andaikata kau temuduga dalam syarikat IT, kau jawab, “Saya ada pergi interview dengan syarikat IBM di Cyberjaya. Mereka nampak berminat dan akan bagi offer letter dalam minggu ini, jika berjaya”.
Why are you leaving your current job?
Kenapa mahu berhenti kerja sekarang?
Contoh soalan interview seperti ini mahu menguji kejujuran kau.
Tidak perlu jawab terlalu jujur (tapi jangan menipu).
Seeloknya cakap yang kau mahukan peluang baru dan kerja yang lebih menarik dan mencabar. Dan yang kau rasa syarikat baru ini menarik.
Tapi kalau kau dipecat, beritahu sahaja yang kau dipecat. Majikan baru kau boleh buat semakan dengan syarikat lama. Kalau dapat tahu, lagi teruk reputasi kau.
Why were you fired?
Kenapa anda dipecat?
Jarang berlaku kes macam ini, melainkan kau orang yang memang ada masalah dan keras kepala.
Sekiranya betul ada soalan seperti ini, dalam kes ini, kau kena jawab secara jujur tapi ringkas.
Selepas tu, beritahu penemuduga bagaimana kes ini membuatkan kau belajar dari kesilapan, dan dalam pekerjaan yang seterusnya kau akan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan syarikat.
What are you looking for in a new position?
Apa yang anda cari dalam jawatan baru ini?
Contoh soalan interview begini, sebenarnya adalah satu soalan bocor.
Sebaiknya, kau ulang semula butiran yang ada dalam iklan jawatan kosong yang diberikan. Kau sebut dan huraikan apa yang kau mahu.
Jawab secara spesifik, mengikut kapasiti dan apa yang rasa kau boleh berikan lagi.
What type of work environment do you prefer?
Persekitaran kerja macam mana yang anda suka?
Sebaiknya juga, mestilah perkara yang sama dengan persekitaran syarikat dalam iklan jawatan kosong.
Juga jawab secara spesifik.
Kalau kau suka konsep kerja terbuka, cakap. Kalau kau suka dan inginkan kerja fleksibel, beritahu juga.
What’s your management style?
Apakah gaya pengurusan anda? (untuk kerja jadi manager sahaja)
Pengurus terbaik adalah tegas tetapi fleksibel, dan itulah yang kau mahu tunjukkan dalam jawapan kau.
Contohnya “Dalam satu-satu pasukan, lain orang lain gayanya. Jadi saya cuba sedaya upaya untuk memahami kehendak mereka”.
Kemudian, cerita tentang pengurusan terbaik kau, seperti ketika kau menambah jumlah ahli pasukan kau dari 5 hingga 15; atau melatih pekerja yang berprestasi rendah untuk menjadi jurujual yang terbaik dalam syarikat.
What’s a time you exercised leadership?
Ceritakan apabila anda perlu memimpin dalam kerja (pasukan atau projek).
Pilih contoh yang menunjukkan secara jelas kemahiran pengurusan projek kau; atau satu-satu projek yang menunjukkan keupayaan kau dalam menubuhkan satu pasukan yang kuat.
Pokoknya di sini, kau hanya perlu bercerita dan berikan contoh sebaik mungkin. Bila dan di mana gaya kepimpinan kau itu terserlah.
What’s a time you disagreed with a decision that was made at work?
Ceritakan apabila anda tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat di tempat kerja?
Dalam soalan ini, penemuduga ingin tahu bahawa kau boleh ‘tidak bersetuju’ dengan cara yang produktif, profesional dan berhemah.
Jangan cerita jika kau pernah menjerit dan memaki hamun di tempat kerja. Jangan juga cerita kisah tikam belakang yang kau pernah hadapi.
How would your boss and co-workers describe you?
Bos atau rakan sekerja kata, anda ini macam mana orangnya?
Pertama sekali, kau kena berkata jujur. Berkatalah jujur walaupun pahit. Kau kena ingat, kalau kau mendapat pekerjaan ini, majikan boleh tanya semula bos dan rakan sekerja kau.
Ini beberapa idea yang kau boleh guna. Ceritakan yang mereka sukakan kau atas etika kerja yang kuat atau kesanggupan kau untuk meneruskan projek lain apabila diperlukan.
Why was there a gap in your employment?
Kenapa ada jurang (masa) dalam pekerjaan anda?
Sekiranya kau menganggur untuk tempoh masa yang lama, beterus-teranglah dalam kes ini.
Kalau kau jaga mak kau sakit, cakap. Kalau kau cuba buat bisnes, tapi lingkup, cakap juga. Kalau kau kena buang kerja, jangan malu. Berterus-terang sahaja.
Tambahan dari itu, ceritakan perkara yang kau telah buat sepanjang masa kau menganggur, seperti mengambil kelas tambahan atau bekerja sebagai sukarelawan untuk membantu warga tua atau miskin.
Can you explain why you changed career paths?
Bolehkah anda jelaskan mengapa anda tukar bidang kerja?
Contoh soalan interview macam ini mudah sahaja mahu jawab.
Bayangkan. Kau dulu belajar bidang Engineering. Kini kau mahu jadi Customer Service. Macam mana nak jawab.?
Seperti biasa, jawab secara jujur. Selepas itu terus beritahu bagaimana skillsdan kelebihan kau di tempat kerja yang lalu, dan juga di bidang yang lalu, boleh membantu kau untuk melakukan tugas untuk jawatan baru ni.
Inilah yang di panggil transferable skills, iaitu kelebihan yang boleh dipindahkan.
Kau kena cakap, ini adalah satu advantagekerana kepakaran kau sekarang ada dalam dua bidang yang berlainan.
How do you deal with pressure or stressful situations?
Bagaimana kau tangani tekanan atau situasi dalam keadaan tertekan?
Contoh soalan interview seperti ini mahu tengok samada kau boleh bekerja di bawah tekanan atau tidak.
Jika kau pilih untuk berjenaka, jawablah; “Kalau tak stress, tak syok!. Susah untuk kita maju ke depan.”
Kalau tak berani, jawab dengan berhemah.
Pilih jawapan yang menunjukkan bahawa kau dapat menangani situasi tekanan secara produktif dan positif. Jadikan tekanan sebagai sesuatu yang positif untuk kau lebih memahami pelanggan.
Kongsikan yang kau perlu mengambil nafas yang dalam selama 10 saat, sentiasa berfikiran positif dan teruskan semula kerja. Lupakan semua kata-kata nista, dan kata-kata yang menyakitkan hati dari customer atau rakan sekerja.
Kalau kau suka kopi, beritahu yang kau akan pergi ke pantry untuk buat kopi. Hirup air panas-panas dan tenteramkan diri.
Tanya penemuduga juga, “Kalau Tuan stress, mahu saya buatkan kopi juga?”. Silap-silap kau jadi bini dia.
What would your first 30, 60, or 90 days look like in this role?
Apa yang anda akan buat dalam 30, 60, atau 90 hari pertama dalam pekerjaan ini?
Ini bukan politik. Bukan tentang menteri. Kalau tidak, kami kena pula tunjukkan pencapaian 100 hari.
Berbalik pada temuduga tadi, kau perlu cerita matlamat kau dalam masa 30, 60, dan 90 hari. Jangan cakap kosong sahaja. Kau juga kena tunjukkan, bagaimana kau boleh mencapai matlamat itu dalam tempoh yang ditetapkan. Contoh soalan interview sebegini mahu melihat samada kau jenis boleh capai KPI atau tidak.
Contohnya,“Saya tahu syarikat ada projek baru. Jadi saya rasa kita perlu buat assessment dan bina infra yang asas terlebih dahulu. Dalam masa 30 hari, cukup untuk buat perancangan.”
Penemuduga mahu lihat jika kau boleh beri impak serta-merta kepada syarikat selepas kau di terima bekerja.
Bukannya penemuduga nak tahu sangat apa kau boleh capai. Ia lebih kepada bagaimana cara kau menjawab soalan yang diberikan.
What are your salary requirements?
Berapa gaji yang anda minta?
Contoh soalan interview yang lain ialah berkaitan dengan gaji yang kau nak.
Untuk menjawab soalan ini, kau perlu tanya kawan-kawan yang bekerja dalam bidang yang sama. Cuba tanya-tanya untuk dapatkan maklumat.
Kau juga boleh melakukan penyelidikan tentang berapa banyak kau harus dibayar dengan menggunakan laporan tahunan Jobstreet. Sila Google sendiri untuk mendapatkan pautannya.
Yang paling penting dalam meminta gaji, biarlah ia padan dengan pengalaman, pendidikan dan kemahiran kau. Kemudian, pastikan penemuduga tahu bahawa kau fleksibel tentang gaji.
Jangan buat lawak, bila kau minta gaji RM5,000 sebagai seorang fresh graduate.
Lainlah kalau kau diterima bekerja di syarikat gergasi seperti Petronas; yang boleh bagi gaji fresh graduate yang tinggi.
What do you like to do outside of work?
Apakah hobi kau?
Lagi contoh soalan interview ialah berkaitan dengan hobi.
Jawab secara profesional. Jangan yang mengarut sangat.
Kau boleh cakap yang kau suka main Mobile Legends dan PUBG, serta menonton Netflix dan YouTube siang dan malam tanpa henti. Cuma ada risikonya. Kalau orang muda yang temuduga kau, dia mungkin akan tersenyum. Kalau orang yang sudah berumur, tentu dia akan tolak kau mentah-mentah.
Kalau semasa sekolah dulu kau main ragbi, kau cakaplah hobi kau main ragbi. Kalau kau suka menerbangkan drone, mengambil gambar dengan kamera DSLR mahal kau, hiking di bukit sekitar selangor, marathon Standar Chartered dan seangkatannya – kongsikan dengan penemuduga.
Silap-silap, si penemuduga pun mempunyai hobi yang sama dengan kau. Lagi senang kau dapat kerja.
What do you think we could do better or differently?
Pada pendapat anda, apakah aspek-aspek yang syarikat ini boleh perbaiki?
Ini adalah soalan yang biasa bagi syarikat kecil atau startups.
Contoh soalan interview sebegini, penemuduga ingin tahu bahawa kau bukan sahaja tahu tentang latar belakang syarikat itu, tetapi kau dapat berfikir secara kritial; boleh datang ke meja dengan idea-idea baru.
Contohnya, terus bagi idea, bagaimana untuk memperbaiki Customer Acquisition supaya lebih mantap.
Tunjukkan bagaimana kelebihan dan kepakaran kau boleh menolong syarikat tersebut.
Do you have any questions for us?
Adakah anda mempunyai apa-apa soalan untuk kami?
Ambil lah peluang ini untuk tanya lebih lanjut tentang syarikat dan jawatan yang kau mohon. Apa yang kau nak tahu tentang jawatan itu? Bagaimana culture di situ?
Kalau kau berani boleh juga tanya kepada penemuduga soalan seperti, “Kenapa Tuan suka bekerja di sini?”. Bagi dia terkedu, dan menggaru kepala dia yang tak gatal itu.
Juga boleh tanya tentang prestasi dan pertumbuhan syarikat. Contohnya, “Apa yang Tuan boleh beritahu saya mengenai produk terbaru tahun ini?”.
Barulah penemuduga rasa tercabar dan terkebil-kebil macam kita. Seronok. Cuma kau jangan bagi nampak troll sangat. Nanti langsung tak dapat.