- Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
2. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. DESKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
5. MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas dan/atau kelayakan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.