You are currently viewing Vixtech kerjasama dengan PERDIKS untuk Microsite Shopee: E-Pasar Sabah

Vixtech kerjasama dengan PERDIKS untuk Microsite Shopee: E-Pasar Sabah

  • Post category:Usahawan
Logo E-Pasar Sabah

 

Pada bulan Ogos 2020, Vixtech telah bekerjasama dengan PERDIKS Tuaran telah menubuhkan satu microsit Shopee E-Pasar Sabah adalah salah satu cabang Program E-PASAR SABAH dengan inisiatif PERDIKS Tuaran dengan kerjasama Syarikat Vixtech. Pengurus Shopee ini adalah En Azlee Bin Okee dan Timbalan Pengurus adalah En Ricky Lim Vui Sin. Setakat ini Shopee E-Pasar Sabah telah memberi peluang kepada lebih 100 usahawan Sabah dan bekerjasama dengan DIDR Sabah dan FAMA Sabah. Sebanyak 150 produk terdapat di Shopee E-Pasar Sabah. Untuk melayari Shopee E-Pasar Sabah.

Kursus Shopee bermula dari peringkat daerah Tuaran tetapi diperluaskan sehingga ke Sandakan, Sabah dan juga semua pelusuk Sabah. Kursus ini dianjurkan pada bulan Ogos 2020 sehingga March 2021. Dengan kerjasama Pusat Internet dibawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kursus ini berjaya diperluaskan kepada seluruh usahawan di Sabah.

Bersama Pusat Internet
Kursus Shopee bersama usahawan tempatan Penampang, Sabah

 

Setakat ini, E-Pasar Sabah berjaya melahirkan ramai usahawan tempatan untuk pembangunan produk yang lebih mantap dan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan Sabah mahupun persekutuan Malaysia.

E-Pasar Sabah dan Vixtech

 

Jom kenali siapa pengasas E-Pasar Sabah (Shopee).

Founder E-Pasar Sabah

Tn Azlee Bin Okee

 

Co-Founder E-Pasar Sabah 

Ricky Lim

 

Kepada usahawan di Sabah khasnya yang berminat untuk memasarkan produk mereka bolehlah terus email di epasarsabah20@gmail.com.