Sale!

Kursus Online Pengurusan Hospitaliti – Pengendalian Makanan dan Minuman l Food and Beverages Preparation ONLINE Courses.

RM69.00

Karier selepas tamat kursus:

  1. Pengurus Restoran, Hotel (F&B), Bistro atau Cafe.

Module 1: Introduction to the Food and Beverage Sector

  • Food and Beverage Sector-Learning Outcomes
  • Introduction to the Food and Beverage Sector
  • Restaurant organisation and Duties of Key Positions
  • Food and Beverage Sector-Lesson Summary

Module 2: Food and Beverage Services

  • Food and Beverage Services – Learning Outcomes
  • Classification of Food and Beverage Services
  • Food and Beverage Services – Lesson Summary
  • Food and Beverage Service Principles

Module 3: Restaurant Operations Planning

  • Restaurant Operations Planning – Learning Outcomes
  • Menu Planning and Design
  • Knowledge of Food and Beverage Services
  • Restaurant Operations Planning – Lesson Summary

Course assessment 

  • Module 4: Hospitality Management Studies – Food and Beverage Services Assessment
Sold: 0 Sale

Description

Kursus ini memperkenalkan satu operasi pengurusan makanan dan minuman di dalam hotel atau restoran. Anda akan mempelajari fungsi dan gerak kerja setiap jabatan di dalam pengendalian makanan dan minuman secara terperinci. Anda juga akan mempelajari Standard Operating Prosedur (SOP) yang tepat untuk pengurusan restoran anda.

Anda kemudian akan mengkaji klasifikasi mod operasi makanan dan minuman yang berbeza dan ciri-ciri perkhidmatan berdasarkan segmen pasaran restoran anda. Kursus ini juga akan membincangkan jenis persona pelanggan yang berbeza. Anda juga akan mendapat pemahaman tentang pelbagai jenis menu, objektif menu, dan perbandingan jenis menu yang berbeza. Di samping itu, anda akan mengkaji lima kumpulan makanan dan keperluan untuk diet seimbang.

Dalam industri makanan dan minuman, menu adalah rancangan yang digunakan untuk mencapai objektif keuntungan organisasi dan untuk memenuhi keinginan pelanggan. Dengan kursus ini, anda akan mempelajari faktor utama yang mempengaruhi proses perancangan menu, pendekatan yang berbeza untuk penetapan harga menu, proses reka bentuk menu, dan juga langkah-langkah yang terlibat dalam penetapan jadual. Anda juga akan mempelajari pertimbangan yang terlibat dalam susun atur restoran, reka bentuk dan suasana.

[Kelebihan lain?]

Kursus ini adalah flagship di Vixtech di mana setiap kursus ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pekerjaan di Kerajaan mahupun swasta. Antara yang menarik adalah pelajar terus mendapat panggilan temuduga yang cepat dalam masa 3 hari selepas memohon. Kelebihan kursus ini adalah anda akan mempunyai satu tutor online yang selalu membantu anda dalam memahami sesuatu subjek dan modul. Vixtech juga disediakan satu klinik kerjaya untuk anda mempersiapkan resume/cv dan cover letter (surat iringan) untuk memohon kerja dengan jayanya. Mod pembelajaran menggunakan online sepenuhnya di mana kelas akan dijalankan dengan medium Google Classroom. Bakal pelajar dikehendaki muat turun aplikasi Google Classroom di telefon bimbit anda sebelum memulakan kelas.

[Perbandingan Harga Kursus]

Berbeza dengan institusi luar, Vixtech menawarkan yuran kursus yang SANGAT MURAH & BERPATUTAN! Kenapa? Pertama kursus ini dijalankan secara online sepenuhnya. Kursus ini adalah self-paced learning bermakna tidak ada sebarang jadual kelas yang khas untuk anda belajar. Bermakna yuran tutor telah dikurangkan secara pembelajaran live. Tapi ini tidak bermakna anda keseorangan. Setiap kelas dalam Google Classroom mempunyai forum terbuka untuk anda berkongsi pendapat serta ruang komen yang membolehkan tanya soalan. Selain itu tutor Vixtech bernama Teacher Lina juga aktif dalam 24/7 untuk membantu menyelesaikan segala persoalan anda. Berbanding dengan kursus diluar yang menekan harga yang mahal ini kerana wujudnya fasiliti-fasiliti kursus tidak begitu kondusif kepada sesetengah pelajar. Sehingga menyebabkan harga yang melambung. Akhir kata, Vixtech berjaya menurunkan yuran kursus ke 80% berbanding dengan kursus luar.

[Kualiti Kursus Bagaimana?]

Kualiti kursus mengikut standard daripada industri. Setiap core competencies dalam modul kursus akan diupdate dari masa ke semasa.

[Saya Nak Tengok Kelas Google Classroom Dahulu Boleh?]

Boleh tiada masalah! Terdapat 3 bahagian yang penting dalam Google Classroom. Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Platform Google Classroom

[Soalan lazim yang sering ditanya oleh bakal pelajar:]

  • Bagaimana kelas pembelajaran ini bermula?

Kelas ini menggunakan medium Google Classroom. Pembelajaran online yang sangat dipercayai dan berkesan serta mudah untuk diakses.

  • Mod pembelajaran bagaimana ya? Adakah secara live?

Tidak. Pembelajaran menggunakan Google Classroom di mana pelajar boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Tidak ada JADUAL khas untuk setiap kelas. Bakal pelajar boleh akses kelas pada bila-bila masa.

  • Jangka masa pembelajaran bagaimana?

Jangka masa pembelajaran di beri kebebasan dan kelonggaran kepada pelajar. Pelajar diberi masa yang SECUKUPNYA untuk menyelesaikan kursus.

  • Adakah pembelajaran menggunakan Bahasa Malaysia?

Tidak. Pembelajaran menggunakan secara Inggeris kerana permintaan industri memerlukan bakal pekerja yang mempunyai pengetahuan dalam bahasa Inggeris.

  • Adakah sijil diiktiraf?

Ya sijil adalah diiktiraf oleh pihak kerajaan dan swasta. Kursus sijil jangka pendek ini tidak memerlukan MQA kerana pengiktirafan MQA memfokuskan kepada pengajian tinggi di Malaysia.

  • Adakah kursus ini mempunyai kuiz atau peperiksaan?

Ya. Di Vixtech, kami percaya bahawa setiap kursus yang telah disampaikan perlu melalui satu kuiz dan ujian peperiksaan untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar itu berkenaan sesuatu subjek.

  • Bagaimana jika saya gagal kuiz dan peperiksaan? Adakah saya kena membuat pembayaran lebih untuk peperiksaan yang seterusnya?

Tidak. Kuiz dan peperikasaan pendek boleh diambil berulang kali sehingga anda mendapat markah yang tertinggi. Vixtech akan membimbing setiap pelajar untuk mendapatkan markah yang tinggi. Disamping itu juga, pelajar boleh membuka nota, buku rujukan dan sebagainya sambil menjawab kuiz. Tidak ada sebarang masa atau tempoh khas untuk setiap ujian.

  • Bagaimana saya ingin mendapatkan sijil saya?

Jangan risau anda akan mendapat sijil pencapaian anda setelah anda siap semua kuiz dan peperiksaan anda. Sijil akan diberi secara PDF di Google Drive. Sijil yang di simpan dalam Google Drive boleh diakses pada bila-bila masa. Selain itu Sijil Pencapaian Vixtech mempunyai ciri-ciri kod keselamatan yang canggih dan boleh diperiksa ketulenan oleh bakal majikan anda. Keunikan di Vixtech, anda juga akan diberi transkrip pencapaian sekali dengan sijil anda.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kursus Online Pengurusan Hospitaliti – Pengendalian Makanan dan Minuman l Food and Beverages Preparation ONLINE Courses.”

Your email address will not be published.