Sale!

[HOT SALES] Kursus Pengurusan & Penyeliaan Pejabat (Office Management & Administration)

Original price was: RM178.00.Current price is: RM59.00.

Karier selepas tamat kursus:

  1. Pembantu Tadbir Kerajaan/Swasta.
  2. Penolong Pegawai Perhubungan Pelanggan industri hospitaliti.
  3. Penolong Setiausaha.
  4. Kerani bank.
  5. Penolong Pegawai Sumber Manusia. & Banyak lagi.

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?

  1. Incoming Communication
  2. Outgoing Communication
  3. Filling Administration
  4. Meeting Preparation Assistance
  5. Basic Data Entry

Kursus boleh disiapkan dalam 3 hari sahaja!

JUMLAH PELAJAR SETAKAT INI: 2500

SKU: 1001 Category: Tags: , , ,
Sold: 42 Per Month

Description

kursus pejabat kerani onlinekenapa Vixtech

 

[Bagaimana nak ramal kerjaya anda di masa hadapan?]

Jawapannya! Bertindak sekarang.

Ramai fresh grad dekat luar ingin mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan tetapi persaingan sangat hebat. Menurut kajian yang dilakukan oleh TheStar, hanya 5% yang berjaya melepasi sesi temuduga yang dijalankan kebanyakan syarikat di Malaysia. Antara faktor-faktor yang boleh dijelaskan adalah kurangnya pengetahuan atas tugas yang bakal dilaksanakan serta kurangnya sijil kemahiran bagi bidang tertentu.

Kursus sampingan dalam Vixtech ini dapat membantu anda melangkah lebih jauh dalam mana-mana proses temuduga yang akan dijalankan. Ramai bekas peserta Vixtech percaya bahawa adanya kursus sijil pendek ini dapat menyakinkan penemuduga berbanding dengan peserta lain.

Kursus Pengurusan & Penyeliaan Pejabat ini adalah kursus flagship di Vixtech. Seramai 2000 pelajar telah berjaya daftar masuk ke dalam Google Classroom secara peringkat. Kursus ini dibuka pada tahun 2019 dan telah mendapat pelbagai permohonan dari seluruh negara dan juga dari luar negara seperti Brunei, Indonesia dan Filipina.

[Kenapa kursus ini telah melangkau ke peringkat global?]

Kursus ini menggunakan pendekatan industri yang bersesuaian dengan trend semasa. Segala bidang tugas dalam industri akan diadaptasikan ke dalam kursus ini. Jadi bakal majikan anda juga akan yakin dengan pembelajaran kursus ini.

[Kelebihan lain?]

Kursus ini adalah flagship di Vixtech di mana setiap kursus ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pekerjaan di Kerajaan mahupun swasta. Antara yang menarik adalah pelajar terus mendapat panggilan temuduga yang cepat dalam masa 3 hari selepas memohon. Kelebihan kursus ini adalah anda akan mempunyai satu tutor online yang selalu membantu anda dalam memahami sesuatu subjek dan modul. Vixtech juga disediakan satu klinik kerjaya untuk anda mempersiapkan resume/cv dan cover letter (surat iringan) untuk memohon kerja dengan jayanya. Mod pembelajaran menggunakan online sepenuhnya di mana kelas akan dijalankan dengan medium Google Classroom. Bakal pelajar dikehendaki muat turun aplikasi Google Classroom di telefon bimbit anda sebelum memulakan kelas.

[Perbandingan Harga Kursus]

Berbeza dengan institusi luar, Vixtech menawarkan yuran kursus yang SANGAT MURAH & BERPATUTAN! Kenapa? Pertama kursus ini dijalankan secara online sepenuhnya. Kursus ini adalah self-paced learning bermakna tidak ada sebarang jadual kelas yang khas untuk anda belajar. Bermakna yuran tutor telah dikurangkan secara pembelajaran live. Tapi ini tidak bermakna anda keseorangan. Setiap kelas dalam Google Classroom mempunyai forum terbuka untuk anda berkongsi pendapat serta ruang komen yang membolehkan tanya soalan. Selain itu tutor Vixtech bernama Teacher Lina juga aktif dalam 24/7 untuk membantu menyelesaikan segala persoalan anda. Berbanding dengan kursus diluar yang menekan harga yang mahal ini kerana wujudnya fasiliti-fasiliti kursus tidak begitu kondusif kepada sesetengah pelajar. Sehingga menyebabkan harga yang melambung. Akhir kata, Vixtech berjaya menurunkan yuran kursus ke 80% berbanding dengan kursus luar.

[Kualiti Kursus Bagaimana?]

Kualiti kursus mengikut standard daripada industri. Setiap core competencies dalam modul kursus akan diupdate dari masa ke semasa.

[Saya Nak Tengok Kelas Google Classroom Dahulu Boleh?]

Boleh tiada masalah! Terdapat 3 bahagian yang penting dalam Google Classroom. Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Platform Google Classroom

[Soalan lazim yang sering ditanya oleh bakal pelajar:]

  • Bagaimana kelas pembelajaran ini bermula?

Kelas ini menggunakan medium Google Classroom. Pembelajaran online yang sangat dipercayai dan berkesan serta mudah untuk diakses.

  • Mod pembelajaran bagaimana ya? Adakah secara live?

Tidak. Pembelajaran menggunakan Google Classroom di mana pelajar boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Tidak ada JADUAL khas untuk setiap kelas. Bakal pelajar boleh akses kelas pada bila-bila masa.

  • Jangka masa pembelajaran bagaimana?

Jangka masa pembelajaran di beri kebebasan dan kelonggaran kepada pelajar. Pelajar diberi masa yang SECUKUPNYA untuk menyelesaikan kursus.

  • Adakah pembelajaran menggunakan Bahasa Malaysia?

Tidak. Pembelajaran menggunakan secara Inggeris kerana permintaan industri memerlukan bakal pekerja yang mempunyai pengetahuan dalam bahasa Inggeris.

  • Adakah sijil diiktiraf?

Ya sijil adalah diiktiraf oleh pihak kerajaan dan swasta. Kursus sijil jangka pendek ini tidak memerlukan MQA kerana pengiktirafan MQA memfokuskan kepada pengajian tinggi di Malaysia.

  • Adakah kursus ini mempunyai kuiz atau peperiksaan?

Ya. Di Vixtech, kami percaya bahawa setiap kursus yang telah disampaikan perlu melalui satu kuiz dan ujian peperiksaan untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar itu berkenaan sesuatu subjek.

  • Bagaimana jika saya gagal kuiz dan peperiksaan? Adakah saya kena membuat pembayaran lebih untuk peperiksaan yang seterusnya?

Tidak. Kuiz dan peperikasaan pendek boleh diambil berulang kali sehingga anda mendapat markah yang tertinggi. Vixtech akan membimbing setiap pelajar untuk mendapatkan markah yang tinggi. Disamping itu juga, pelajar boleh membuka nota, buku rujukan dan sebagainya sambil menjawab kuiz. Tidak ada sebarang masa atau tempoh khas untuk setiap ujian.

  • Bagaimana saya ingin mendapatkan sijil saya?

Jangan risau anda akan mendapat sijil pencapaian anda setelah anda siap semua kuiz dan peperiksaan anda. Sijil akan diberi secara PDF di Google Drive. Sijil yang di simpan dalam Google Drive boleh diakses pada bila-bila masa. Selain itu Sijil Pencapaian Vixtech mempunyai ciri-ciri kod keselamatan yang canggih dan boleh diperiksa ketulenan oleh bakal majikan anda. Keunikan di Vixtech, anda juga akan diberi transkrip pencapaian sekali dengan sijil anda.

Contoh SIJIL

kursus online vixtech