Kursus Perhubungan Pelanggan/Customer Service (ONLINE)
Termasuk SST jika berkenaan
Jaminan Wang Dikembalikan 30 Hari
Pengurusan Perhubungan Pelanggan boleh ditakrifkan sebagai kaedah komunikasi dan berurusan dengan pelanggan sedia ada serta pelanggan baru yang berpotensi. Berikut merupakan antara kaedah efektif dan panduan untuk membuat susulan kepada pelanggan anda:

Bagi memastikan sesebuah organisasi itu dapat mengekalkan daya saing dan menerajui bidangnya, faktor kualiti dan survival adalah sangat penting untuk terus maju ke hadapan. Produkatau perkhidmatan yang diberikan akan mengambarkan kualiti sesebuah organisasi, semakin berkualiti produk atau perkhidmatan yang diberikan, semakin tinggi kepercayaan diperolehi. Perkhidmatan yang berkualiti menjadi sebahagian daripadaperkara asas kepada organisasi untuk berjaya.
Pengguna ataupun pelanggan ketika telah mempunyai pengetahuan berkaitan kesedaran terhadap nilai perkhidmatan atau produk yangakan dan mereka perolehi. Pelanggan pada kebiasaannya akan membandingkan produk/perkhidmatan yang mempunyai kualiti dan nilai yang terbaik. Ini disebabkan mereka mempunyai alternatif yang luas dalam membuat pemilihan sama ada melakukan carian atas talian, cariandikedai, pendapat individu, iklan dan sebagainya.
Oleh itu kursus adalah sangat penting bagi anda di luar sana yang kerap tegur sapa dengan pelanggan.
Soalan lazim yang sering ditanya oleh bakal pelajar:
- Bagaimana kelas pembelajaran ini bermula?
Kelas ini menggunakan medium Google Classroom. Pembelajaran online yang sangat dipercayai dan berkesan serta mudah untuk diakses.
- Mod pembelajaran bagaimana ya? Adakah secara live?
Tidak. Pembelajaran menggunakan Google Classroom di mana pelajar boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Tidak ada JADUAL khas untuk setiap kelas. Bakal pelajar boleh akses kelas pada bila-bila masa.
- Jangka masa pembelajaran bagaimana?
Jangka masa pembelajaran di beri kebebasan dan kelonggaran kepada pelajar. Pelajar diberi masa yang SECUKUPNYA untuk menyelesaikan kursus.
- Adakah pembelajaran menggunakan Bahasa Malaysia?
Tidak. Pembelajaran menggunakan secara Inggeris kerana permintaan industri memerlukan bakal pekerja yang mempunyai pengetahuan dalam bahasa Inggeris.
- Adakah sijil diiktiraf?
Ya sijil adalah diiktiraf oleh pihak kerajaan dan swasta. Kursus sijil jangka pendek ini tidak memerlukan MQA kerana pengiktirafan MQA memfokuskan kepada pengajian tinggi di Malaysia.
- Adakah kursus ini mempunyai kuiz atau peperiksaan?
Ya. Di Vixtech, kami percaya bahawa setiap kursus yang telah disampaikan perlu melalui satu kuiz dan ujian peperiksaan untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar itu berkenaan sesuatu subjek.
- Bagaimana jika saya gagal kuiz dan peperiksaan? Adakah saya kena membuat pembayaran lebih untuk peperiksaan yang seterusnya?
Tidak. Kuiz dan peperikasaan pendek boleh diambil berulang kali sehingga anda mendapat markah yang tertinggi. Vixtech akan membimbing setiap pelajar untuk mendapatkan markah yang tinggi. Disamping itu juga, pelajar boleh membuka nota, buku rujukan dan sebagainya sambil menjawab kuiz. Tidak ada sebarang masa atau tempoh khas untuk setiap ujian.
- Bagaimana saya ingin mendapatkan sijil saya?
Jangan risau anda akan mendapat sijil pencapaian anda setelah anda siap semua kuiz dan peperiksaan anda. Sijil akan diberi secara PDF di Google Drive. Sijil yang di simpan dalam Google Drive boleh diakses pada bila-bila masa. Selain itu Sijil Pencapaian Vixtech mempunyai ciri-ciri kod keselamatan yang canggih dan boleh diperiksa ketulenan oleh bakal majikan anda. Keunikan di Vixtech, anda juga akan diberi transkrip pencapaian sekali dengan sijil anda.
Testimoni Pelajar
Lihat bagaimana graduan kami mengubah kerjaya mereka di seluruh Malaysia dan Singapura.
Tiada ulasan lagi.
Pelajar Menyukai Kami
Kepercayaan & Keselamatan
- Boleh Tuntut HRD Corp
- Polisi Bayaran Balik 100%
- Sijil Diiktiraf Industri
Jumlah
RM69.00









