You are currently viewing Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Post category:Karier

Apakah tugas Pembantu Tadbir/Kerani N19 ni?

—————
Deskripsi Tugas:
—————
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Bekerja adalah salah satu cara untuk mendapat rezeki yang halal. Bidang pekerjaan adalah sangat luas pada hari ini, daripada sekecil-kecil upah sehinggalah kepada sebesar-besar upah atau dibayar gaji. Ok pada kali ini saya akan menerangkan bidang tugas kerani dan skop kerjanya kepada anda.

Pekerjaan kerani adalah sangat banyak dan permintaan pasaran atau sektor sangat tinggi sekali. Hampir semua organisasi baik kerajaan mahupun swasta memerlukan khidmat kerani untuk menjalankan operasi mereka. Kadang-kadang dalam sesebuah organisasi mereka memerlukan lebih daripada tiga kerani dalam pelbagai disiplin. Semakin besar sesebuah organisasi semakin ramai bilangan kerani mereka perlukan.

Baiklah tanpa membuang masa lagi saya akan dedahkan kepada anda bidang tugas kerani dan skop kerjanya secara umum seperti mana berikut :

1) Membuat draf dan menaip surat untuk ditandatangan oleh bos
2) Menyimpan dokumen penting dalam fail
3) Menguruskan urusan surat-menyurat
4) Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat
5) Menguruskan resit atau invoice keluar dan masuk
6) Membuat penyata gaji untuk kakitangan
7) Memaklumkan kepada bos atau majikan jika terdapat perkara yang urgent
8) Menghantar email atau fax kepada organisasi, pelanggan, syarikat atau badan tertentu
9) Menyediakan laporan dan minit mesyuarat jabatan
10) Menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada orang berkenaan
11) Melaksana tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

Skop-skop diatas boleh berubah dari masa ke semasa. Dengan task atau job baru dari syarikat. Anda sebagai pekerja kena alert dan tambah skills serta knowledgeable. Anda juga boleh tambah kemahiran anda secara online dengan mengetahui lebih lanjut klik link ini: LINK

Muat Turun Ujian Psikometrik 2022: LINK