You are currently viewing Soalan-Soalan Yang Sesuai Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

Soalan-Soalan Yang Sesuai Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

Apakah soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga? Tentu sekali majikan atau penemuduga tidak sepatutnya menjadi satu-satunya yang bertanya sedan ketika sesi temuduga.

Hal ini penting sebagai calon untuk memutuskan adakah kerjaya tersebut bersesuaian dengan matlamat dan objektif anda. Oleh itu. anda wajb tahu soalan yang terbaik untuk ditanya kepada penemuduga. Selanjutnya. Baca lagi soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga.

Apakah soalan terbaik untuk di tanya kepada penemuduga?

Kerjaya yang dipohon mungkin menjadi kerjaya sepanjang hayat anda. Justeru, pilihlah dengan sepenuh hati dan logik anda.Sebagai tambahan, bertanya soalan yang betul dan tepat dapat menjadikan anda calon terkehadapan berbanding calon lain. lni kerana anda telah menunjukkan mint anda dengan jawatan tersebut.

Tentunya orang yang berminat dengan apa yang dkerjakan lebih berprestasi tinggi dari mereka yang melakukannya kerana terpaksa. Berikut soalan yang patut anda tanya kepada penemuduga untuk mengetahui jika itu adalah kerja yang anda cari-cari selama ini.

Soalan yang patut anda tanya kepada penemuduga?

  1. Boleh tuan terangkan budaya kerja yang diamalkan oleh pekerja-pekerja di syarikat ini?
  2. Apakah tanggungjawab mereka yang memegang jawatan ini dari hari ke hari?
  3. Apakah jalan untuk kerjaya yang lebih hebat melalui jawatan ini?
  4. Boleh Tuan terangkan sedikit sebanyak tentang beberapa projek yang saya akan ikut sama jayakan
  5. Tuan/puan untuk jawatan ini, berapa kali atau hari seminggu yang dijangka saya akan melancong untuk menjalankan urusan kerja?
  6. Adakah saya akan bekerja secara individu atau berkumpulan?
  7. Kepada siapa saya mahu rujuk dan melaporkan dri untuk jawatan ini?
  8. Adakah tuan merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja dalam beberapa bulan ini?
  9. Adakah syarikat ini rnenawarkan atau menyediakan Lathan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran tertentu dan sebagainya?
  10. Berapa kerap syarikat ini menjalankan penilaian semula prestasi kerja pekerja?
  11. Apakah perkara yang tuan suka tentang syarikat ini?
  12. Apakah perkara yang tuan tidak suka sepanjang bekerja di sini. mengapa?
  13. Boleh tuan terangkan rancangan syarikat ini untuk mengembangkan perniagaannya?
  14. Adakah tuan merancang untuk melancarkan produk baru atau memulakan projek baru?
  15. Adakah masa bekerja di sini lebih fleksibel atau adakah insuran kesihatan disediakan?
  16. Adakah hari permulaan untuk jawatan ini?
  17. Apakah langkah seterusnya untuk jawatan ini?
  18. Bagaimana nanti untuk saya mengetahui rnaklumat lebih lanjut?
  19. Ada apa-apa Lagi perkara yang Tuan/Puan mahu saya jawab dan beri penjelasan?

Ok semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam sesi temuduga nanti.

Untuk kursus pemantapan temuduga kerja dan juga sijil kemahiran online (Pengurusan pejabat, Kewangan, Hospitaliti dan Pemasaran Digital) sila kunjungi www.vixtech.com.my.